Isnin, 30 Mac 2009

Amerika Syarikat pulak...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Pada pagi yang mulia ini, didoakan kepada para sahabat sekalian sentiasa sihat dan mendapat hidayah berterusan daripada ALlah SWT...

Pagi ni teman baca suratkhabar utusan Malaysia melalui internet.... Pejabat teman beli suratkhabar berita harian... Ada suatu cerita menarik yang berlaku di Amerika Syarikat.... Boleh baca artikel tersebut seperti berikut :

Denda berseluar londeh di Amerika

FESYEN berseluar londeh sehingga menampakkan seluar dalam atau boxer mungkin tidak lagi boleh digayakan di Tennessee, Amerika Syarikat setelah satu rang undang-undang yang mengharamkan pemakaian seluar jenis itu telah diluluskan oleh jawatankuasa kecil perundangan negeri itu.

Malah, sesiapa yang didapati melanggar `Undang-undang Seluar Londeh' itu akan dikenakan denda sehingga AS$1,000 (RM3.500) dan wang tersebut akan disalurkan untuk membeli bekalan peralatan sekolah termasuk buku dan peralatan sukan.

Ekoran itu, seorang wakil Demokrat dari Memphis, Karen Camper menuduh rakan-rakan sekerjanya termasuk Joe Town yang juga wakil Demokrat Memphis, cuba menggubal undang-undang fesyen yang disifatkan akan menyebabkan remaja lebih cepat mencipta kesalahan kecil dalam sejarah hidup mereka.

“Soalan saya apakah sebenarnya hala tuju dan harapan terhadap pengubalan undang-undang ini?” tanya Camper kepada rakan-rakan Demokratnya termasuk Town.

“Ini tidak ada kena mengena dengan fesyen, sebaliknya ia berkaitan kesopanan dan kebersihan,'' tegas Town.

Undang-undang yang telah diluluskan oleh jawatankuasa kecil itu, kini telah dibawa ke Jawatankuasa Badan Kehakiman.- Agensi
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0330&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_12.htm

Sebelum ini teman tengok di Australia, ada remaja dah kena saman.. sekarang sebuah negeri dalam Amerika Syarikat sudah buat undang-undang mengenai etika dan akhlak berpakaian.... Teman dah ulas dalam artikel lepas... Jadi, Malaysia yang dipimpin oleh orang muslim dan majoritinya adalah masyarakat Islam, bila lagi nak gubal undang-undang sebegini untuk maslahah umat... terima kasih

Sabtu, 28 Mac 2009

Soalan Assignment

Teman sebelum ini ada cerita pasal assignment yang teman kena buat dalam tempoh sebulan ni kan...

Jadi untuk menyempurnakan assigment itu, setiap assignment perlu menjawab 7 soalan berikut:

1. What is the main thesis statement of the book?
2. Describe the conceptual and theoretical framework utilized by the author?
3. Explain the main hypotheses generated from the framework?
4. Explain how the author tries to answer the research question?
5. The extent to which you believe the evidence presented by the author is consistent with the expectation?
6. Describe one potential flaw in the research
7. Propose one new research area from your reading...

6 buah buku yang perlu menjawab soalan2 ini ialah :

1. Democracy & the public service - Frederick C. MOsher
2. Bureaucracy - James Q. Wilson
3. Street Level Bureaucracy - Michael Lipsky
4. Administrative Behavior - Herbert Simon
5. Inside Bureaucracy - Anthony Dawns.
6. The Forest Ranger - Herbert Kaufman..

Jika tuan puan ada jawapan yang boleh membantu teman dalam menyelesaikan assignment ini sama ada dalam bentuk artikel, teks, buku, url internet dan sebagainya amat dialu-alukan... teman rasa assignment untuk subjek ini di kalangan subjek-subjek yang lain adalah yang paling tough sekali... terima kasih semua... arigato....

Dilemma membuat keputusan....

Assalamualaikum dan salam sejahtera.... moga-moga pembaca sekalian sentiasa sihat dan senyum selalu... Kan bagus senyum selalu... senyum itu suatu sedekah...

Semalam... teman mengalami dilema untuk membuat keputusan dalam membantu masyarakat... Petang semalam, pejabat teman didatangi dua kumpulan pemohon bantuan segera pada dua masa yang berlainan...

Kumpulan pertama merupakan seorang anak muda... teman tak mengajak dia masuk bilik teman... pasalnya pada fikiran teman apabila kerani tidak dapat membuat keputusan, teman fikir ini mesti geng-geng yang nak cari duit dengan mudah... jadi teman bersembangla dengan pemuda ni di kaunter.. alhamdulillah, pada waktu itu juga tiada client lain di situ..

pemuda itu menyebut, dia sakit kaki, lepas aksiden... pastu pulak kaki kanan dia cacat dan pakai kaki palsu... teman tanya, nak minta bantuan apa... pemuda tu kata... dia nak minta bantuan segera untuk bayar sewa rumah... berborak-borakla teman ngan pemuda tu... teman minta macam-macam seperti surat perubatan... surat minta sewa ke.... dll.... tetapi pemuda tu tak bawak apa dokumen yang menyokong percakapannya... jadi teman buat keputusan, teman tak bagila duit bantuan kecemasan pada dia....

maka dengan berat hati pemuda tu pun keluar daripada pejabat dengan bertongkat.... lalu bila je dia keluar daripada pintu pejabat, teman mengajak kerani teman tu mengintai kat luar... dia datang ke pejabat naik bas atau naik kenderaan lain... jadi, kami ngintai, rupa-rupanya pemuda tu datang ke pejabat naik motor... motor kriss pulak tu... yang jadi musykil pulak tu, dia start motor pakai manual la.. guna kaki kanan yang dia kata dia pakai kaki palsu.... selalunya yang berkaki palsu bila pakai motor selalu guna butang elektrik untuk startkan motor... tak taula teman... macam-macam karenah manusia ni...

kumpulan kedua yang datang memang sedih apabila dengar ceritanya... kump. kedua ini juga datang memohon bantuan segera... kump kedua ini mengandungi dua orang ibu... ala... ibu ni pun lebih kurang umurnya 40-an.... yang bawak mereka ni seorang cikgu... semoga ALlah memberkati usaha cikgu ini... cikgu ni bila mendengar kesusahan mereka, dia berusaha membawa kedua-dua ibu ini ke pejabat teman... ibu pertama atau ibu A (teman panggilkan) masih bersuami dan berkeluarga... beliau menceritakan kesusahan keluarganya di mana anak-anaknya bermula awal januari 2009 sehingga hari ini tidak bersekolah... anak-anaknya semua sekolah rendah... selidik punya selidik oleh teman, barula teman tau bahawa suaminya berhutang dengan along.... suaminya tidak tau isterinya berjumpa dengan teman dan masih bekerja di kilang.... sehingga sekarang hutang dengan along ni masih belum selesai... faham-faham ajela.. bila berhutang dengan along ni... duit bunganya tak abis bayar, buku dan kad atm bank abis dipegang oleh along... jadi bila dapat gaji, along keluarkan duit dulu utk selesaikan hutang, berapa duit yang tinggal untuk menyara keluarga....

Baitulmal Perak memang tidak membantu mana-mana hutang orang yang berhutang dengan along... ini kerana jika baitulmal bantu, maka ramaila orang muslim akan suka berhutang dengan along dan berasa selamat utk bayarnya kerana Baitulmal akan membantu.... tetapi teman memang nak tolong atas dasar persekolahan anak-anaknya.... harta tidak memberi kekayaan... yang memberi dan menjana kekayaan adalah ilmu... justeru, teman beri keyakinan dan jaminan kepada ibu A ini, hantar budak-budak ke sekolah dan segala yuran dan perbelanjaan persekolahan akan ditanggung oleh Baitulmal... untuk keperluan kehidupan, si ibu A juga perlu bekerja bagi mendapat pendapatan....

ibu yang kedua atau ibu B, masalahnya sama lebih kurang macam si ibu A... husbandnya berhutang juga dengan along.... tetapi si ibu B ada kelebihan skill menjahit... maka adala sedikit rezeki yang si ibu B dapat dengan mengambil upah menjahit baju.... beliau datang ke pejabat teman untuk memohon bantuan modal bagi membeli mesin-mesin jahit yang berkaitan... teman pun tak de masalah nak membantu kerana sebelum ni pun terdapat dua penerima bantuan modal daripada Baitulmal.. apa yang penting.. segera sediakan dokumen sokongan dan pihak teman tiada masalah untuk menguruskan urusan selanjutnya...

jadi... bila dah dengar kedua-dua kes ibu ini, teman apalagi, gunala peluang ini untuk beri sedikit sebanyak tazkirah dan nasihat.. mudah-mudahan mereka ini dapat melakukan sesuatu bukan sekadar untuk diri mereka, tetapi yang penting untuk anak-anak mereka supaya anak-anak mereka tidak mewarisi kebebalan dan kejahilan ibu bapa mereka... sebelum kedua-dua ibu ini pulang... adala teman bagi bantuan segera yang tidak seberapa yang boleh teman bagi... duit bantuan yang boleh teman bagi pun ada limitnya... bukan boleh bagi sesuka hati teman.... duit itu diambil daripada wang panjar runcit.... mudah-mudahan keluarga-keluarga mereka dapat merencana serta bertindak untuk keluar daripada permasalahan yang membelenggu mereka.... insyaAllah...

Isnin, 23 Mac 2009

Pemergian ke Negeri Abadi....

Assalamualaikum dan salam keadilan...

Semalam, saya menerima suatu berita yang menyedihkan hati... Pada waktu itu, saya berada berdekatan dengan Stesen Bas Shahab, ALor Setar setelah habis kelas di UUM....

Saya pergi ke kedai urut kaki refleksologi pada jam 6.30 petang... Pada pukul 7.00 malam, sahabat saya telah menelefon saya bahawa sahabat kami bernama En. Hasbullah b. Abdul Majid, 41 tahun, telah kembali ke rahmatullah pada pukul 6.25 petang.. Beliau meninggal kerana serangan jantung...

Arwah telah dikebumikan pada hari ini pada pukul 11.15 pagi di tanah perkuburan Masjid Assam Kumbang, Taiping.... Saya dan ramai sahabat satu pejabat sempat mengunjungi dan menziarahi arwah...

Arwah sebelum ini pun telah mempunyai pelbagai penyakit seperti sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis... Beliau pada awal bulan Januari yang lalu banyak kali masuk hospital kerajaan dan hospital pakar bagi mendapatkan rawatan... Tetapi, apakah daya manusia, semuanya adalah kehendak Allah...

Arwah merupakan seorang yang baik.. Beliau merupakan sebahagian daripada pejuang gerakan Mahasiswa Islam di kampus UPM... sehinggakan bila beliau keluar dan bekerja, beliau aktif terlibat dengan gerakan Islam di sekitar tempat tinggal beliau sehinggalah beliau mendapat penyakit-penyakit yang telah dinyatakan... beliau merupakan seorang yang tegas pendirian dan berani bercakap... Saya juga banyak mendapat inspirasi daripada pengalaman beliau terlibat dengan gerakan Islam..

Semoga Allah mencucuri dan merahmati roh beliau... Didoakan roh beliau bersama dengan golongan syuhada dan solihin... Ya ALlah, berkati dan rahmatilah roh En. Hasbullah b. Abdul Majid... Ya ALlah, berilah rahmat dan kasih sayangMu kepada beliau... semoga amal kebaikan yang beliau lakukan di dunia yang fana ini menjadi penyejuk dan penerang di kala beliau dalam kepanasan dan kegelapan... Amin....

Wallahua'alam...

Sabtu, 21 Mac 2009

Pening Kepala... !

Assalamualaikum dan salam keadilan.... tika ini malam baru menjengah tiba.. menantikan waktu maghrib masuk...

Di kesempatan ini, mohon kepada para pembaca blog jika boleh tolong teman ni..Semester ini merupakan semester terakhir teman dalam pengajian master bidang public management... sem ini hanya satu subjek saja yang diambil.... Janganla kome ingat bila satu subjek ni assignment dan final exam mudah je... Teman awal-awal sem ingat gitu le..

ALhamdulillah bila pensyarah kata tiada final exam, hanya assignment dan class participation menjadi marks kepada subjek ni...Tetapi bila pensyarah bagi assignment.. tiap-tiap student kena le buat review buku.. kebanyakan buku berkisar mengenai bureuacracy... terdapat 6 buah buku.. yob.. kena buat review... semua buku tersebut dalam Bahasa INggeris... last date kena hantar assignment itu pada pertengahan bulan 4.. jadi tak lama dah yong.. tinggal lebih kurang sebulan je...

jadi teman macam dah down... rasa kali ni assignment subjek ni yang paling tough berbanding subjek yang lain.. jadi, jika kome ada cara ke, kaedah, nak bagi semangat mcm mana nak selesaikan review 6 buah buku ni dalam tempoh sebulan amat dialu-alukan...

semoga sentiasa success pada setiap tindakan dan keputusan... wallahua'alam...

Jumaat, 20 Mac 2009

Kena Saman...!


Assalamualaikum dan salam sejahtera... didoakan kepada para pembaca blog-blog sentiasa sihat selalu.... Kali ini teman nak berkongsi suatu suasana dan keadaan dengan pembaca sekalian...

Keratan akhbar di atas di ambil daripada suratkhabar berita harian hari ini bertarikh 20/03/2009... Keratan tersebut menceritakan bahawa seorang remaja Australia berjalan-jalan di kawasan bandar disaman oleh seorang polis yang bertugas... beliau disaman disebabkan kerana dia tidak pakai seluar dalam dan seluarnya londeh.... (bolehle baca habis kat gambar di atas)

Apa yang teman nak berkongsi, nampaknya di Australia sudah ada undang-undang mengenai kawalan pemakaian yang dikuatkuasakan... Polis di sana mempunyai kuasa untuk menyaman mana-mana individu yang melanggar peraturan tersebut...

Berlainan di Malaysia... Remaja-remaja di Malaysia ni jika dibenarkan londeh... kira nak londeh je pakaian yang dipakai.. kalau boleh hanya berseluar dalam dan berbikini deme sanggup buat saja... Di Malaysia tiada undang-undang yang khas bagi menangani isu-isu moral dan etika yang banyak..

memang ada, tetapi di bawah enakmen undang-undang Islam... itupun tak banyak isu yang dikawal oleh penguatkuasa agama...

Alangkah bagusnya jika isu-isu sosial yang etika yang kritikal seperti isu rempit dan pakaian yang menjolok mata... dapat digubal suatu undang-undang yang membenarkan polis menyaman serta merta... isu rempit ni, cthnya buat undang-undang bahawa sesiapa yang menaiki motor dan berkelakuan serta terlibat dengan rempit pada waktu malam bermula pukul 7 malam sehingga 6 pagi, polis boleh menyaman... dan dendanya dengan membayar sekian-sekian wang atau membuat kerja-kerja kebajikan di rumah orang tua atau anak yatim selama sekian-sekian waktu...

Tetapi sebenarnya, yang menjadi 'polis' kepada manusia ialah agama... agama yang akan memberi kepadanya panduan bahawa tindakan yang akan dilakukannya benar atau salah.. jika dia kuat beragama dan iman... maka dia akan ikut apa suruhan agama... tetapi jika dia dan masyarakat lari daripada agama dan iman, maka nak tak nak pemerintah perlu menggubal undang-undang atau peraturan bagi membendung gejala-gejala yang tidak sihat..... wallahua'alam...

Sabtu, 14 Mac 2009

Kebersihan Hospital....


Alhamdulillah, seorang lagi umat Nabi Muhammad SAW telah lahir ke dunia pada hari selasa yang lepas di sebuah hospital kerajaan di sekitar Ipoh...

Jadi teman dengan ayah pi melawat kakak yang tinggal di wad bersalin...

Teman sampai awal sebelum waktu yang dibenarkan melawat...

Teman terpandangla signboard di atas... Rupa-rupanya signboard itu ada "perhiasan" tambahan..

Lawala pulak sigboard tu dengan "perhiasan" tersebut... Maka terfikirla teman, apa yang tidak kena menyebabkan bungkusan air tu pada signboard tidak berbuang...

Fikir-fikir punya fikir, terdapat dua sebab di mana salah satunya yang menyebabkan perkara ini terjadi...

Pertama, konsultan pembersihan hospital tidak menjalankan tugas dengan baik...

Kedua, sikap dan kesedaran moral/akhlak manusia hari ini bermasalah....

Kedua-dua faktor ini semuanya perabih duit rakyat, duit habis bagi pada konsultan, duit habis untuk mendidik kesedaran moral/akhlak... Jadi... diharap insan-insan yang berakal dan beriman... fikir-fikirkanlah supaya antum semua tidak melakukan perkara sebegini.... wallahua'alam...

Tingkap Bas....



Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Dalam perjalanan pulang saya ke rumah pada hari khamis yang lalu (12/3/09), saya terserempak dengan sebuah bas kilang yang sedang mengambil pekerja...
Bila dilihat daripada sisi depan, mungkin tak nampak apa yang dibelakang...
Apabila dilihat daripada sisi belakang, rupa-rupanya ada yang tak kena...
Kemana perginya sebahagian tingkap belakang bas tersebut...
Maka ditampungnya pemilik bas itu akan tingkap yang tiada itu dengan meletakkan plastik...
INgatkan plastik itu boleh menahan kekuatan angin... tetapi terbukti tidak berjayanya teori pemilik bas itu...
Maka diharap kepada pihak berkuasa yang melihat bas kilang ini dalam mana2 sekatan... keluarkan denda dan saman kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada para penumpang...

Rabu, 11 Mac 2009

Hujan Lebat dan Kilat

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semoga penulis dan pembaca blog2 sihat selalu..

Cuma sekadar hendak menceritakan apa yg berlaku petang tadi...

Berlaku hujan yang sangat lebat diikuti dengan angin-angin yang kuat melanda bandar ipoh dan sekelilingnya...

Inilah kali pertama keadaan yang saya hadapi bila saya masuk ke dalam bandar Ipoh....

Sebahagian besar jalan-jalan utama di Ipoh dinaiki air dan kereta-kereta kecil boleh dimasuki air..

Kilat sabung menyabung dan banyak dahan-dahan pokok jatuh ke atas jalan raya..

Semoga Allah merahmati dan melindungi orang yang beriman..

Selasa, 3 Mac 2009

Eksekutif vs Legislatif

Isu dan peristiwa yang berlaku dalam politik Perak telah membuka suatu lembaran baru dalam dunia politik dan pentadbiran di Malaysia khasnya dan seluruh dunia amnya. Malaysia dikatakan mengamalkan beberapa konsep demokrasi seperti demokrasi berparlimen, demokrasi terpimpin dan demokrasi raja berperlembagaan. Bentuk-bentuk demokrasi ini mempunyai perbezaan antara satu sama lain, tetapi yang pastinya tujuan kesemua bentuk demokrasi ini adalah membentuk warganegara Malaysia tidak kira apa jua pangkat serta kedudukan supaya menghormati undang-undang termasuklah dikotomi politik. Dikotomi politik bermaksud pembahagian kuasa sesebuah negara kepada tiga bahagian iaitu bahagian legislatif, bahagian eksekutif dan bahagian kehakiman.
Ketiga-tiga bahagian ini dinaungi oleh YDPA di peringkat persekutuan dan oleh Sultan di peringkat negeri. Setiap bahagian mempunyai ketuanya masing-masing. Bahagian kehakiman diketuai oleh ketua hakim negara/negeri, bahagian eksekutif diketuai oleh Perdana Menteri atau menteri besar manakala bahagian legislatif diketuai oleh Yg. Dipertua Dewan Rakyat atau speaker. Bahagian-bahagian ini hendaklah menghormati antara satu sama lain. Ini bermaksud bahagian kehakiman tidakboleh mencampuri urusan pengurusan bahagian eksekutif dan sebaliknya.
Perkara yang berlaku di Perak bermula dengan rampasan kuasa telah menimbulkan banyak perbincangan tentang sistem dikotomi politik. Permulaannya berlaku di mana perlantikan MB yang baru di kalangan adun BN oleh Tuanku Sultan. Seterusnya berlaku perlantikan exco-exco dan penasihat-penasihat. Pada masa yang sama, Speaker DUN Perak tidak ditukar dengan ADUN atau individu daripada BN. Ini kerana perlantikan speker dun hanya boleh dibuat dalam dun oleh kesemua ADUN. Oleh kerana itu, senario sebegini telah memperlihatkan bahawa bahagian eksekutif diketuai oleh MB BN manakala Speaker masih lagi daripada kumpulan PR. Tindakan speaker seterusnya bersama-sama dengan jawatankuasa hak dan kebebasan telah mendenda MB dan barisan exconya daripada memasuki DUN untuk tempoh yang tertentu dan 3 orang adun 'katak' telah diisytiharkan meletakkan jawatan.
Disusuli pula pada keesokannya harinya (3 Mac) akan diadakan sidang tergempar bagi membahaskan 2 usul yang dibawa oleh adun pr walaupun mendapat halangan dan tentangan daripada pelbagai pihak. Keputusan speaker untuk mengadakan sidang dun tergempar esok cuba dicampuri dan digagalkan oleh penasihat undang-undang kerajaan negeri perak dengan memberi pelbagai alasan.
Analisis yang dapat dilakukan daripada beberapa peristiwa yang terjadi dan berkaitan dengan tajuk artikel ini :
1. Beberapa kekeliruan dapat dilihat daripada aspek pengurusan sesebuah negeri apabila bahagian eksekutif terdiri daripada BN manakala ketua bahagian legislatif terdiri daripada adun pr. Sudah tentu apabila ketua kedua-dua bahagian ini berlainan parti akan menimbulkan pertembungan dan perselisihan yang besar. Sebagai contoh, bagaimana MB BN ingin mendapatkan persetujuan daripada ADUN-ADUN untuk perancangan perbelanjaan atau bajet negeri jika speaker tidak mahu mengadakan sidang DUN. Sudah tentu apabila bajet tidak dapat dibentangkan ke dalam sidang dun MB BN dan jentera pentadbirannya tidak boleh membuat apa-apa perbelanjaan daripada pendapatan yang didapati oleh kerajaan negeri Perak. Berkemungkinan kerajaan MB BN tidak boleh membayar gaji para pekerja kerajaan negeri kerana tidak mendapat kelulusan sidang dun.
2. Tindakan penasihat undang-undang kerajaan negeri ingin campurtangan serta membatalkan keputusan speaker bagi mengadakan sidang dun tergempar amat dikesali. Penasihat undang-undang merupakan sebahagian daripada jentera eksekutif. Pada peringkat awal perbincangan mengenai dikotomi politik, setiap bahagian perlu menghormati antara satu sama lain dengan tidak mencampuri urusan dan pengurusan bahagian lain. Tindakan penasihat undang-undang tersebut telah mencampuri pengurusan bahagian legislatif dan telah menghormati pembahagian kuasa yang telah dipersetujui oleh perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri.
Secara ringkas rumusannya, kita harus kembali melihat falsafah pembentukan perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri. Jika sesuatu undang-undang itu digubal dan dibentuk berdasarkan falsafah demokrasi, maka kita perlu menilai undang-undang itu daripada sudut demokrasi. Begitu juga pembentukan undang-undang daripada falsafah dan ideologi yang lain-lain. Justeru itu, setiap bahagian mesti menghormati antara satu sama lain dan sebaik-baik keputusan bersandarkan kepada etika dan nilai sesebuah masyarakat.