Ahad, 23 Ogos 2009

Pantun, Seloka Sempena Bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. teman minta maaf bebanyak kerana hampir sebulan teman tidak mengisi dlm blog ni.. ada mcm2 hal dan masalah yang perlu diselesaikan, termasuklah laptop teman kena masuk kedai, tukar housing...

Sempena dengan bulan Ramadhan al-Mubarak ini, teman nak berkongsi pantun, seloka yang teman terima daripada kengkawan sekalian... :

Syaaban bakal melabuhkan tirainya
Disambut pula ketibaan Ramadhan al-Mubarak
hayatilah keindahan dan kemuliaan bulan Ramadhan dengan seikhlasnya
hiasilah Ramadhan dengan tasbih dan zikrullah
Sedekahkan buat insan-insan yang pergi mendahului kita

Sebelum tangan dilipat mengadap kiblat,
sebelum badan terbujur menuju ke pintu kubur
demi menyongsong marhaban ya Ramadhan
ku jabat tangan dengan kerendahan hati

Jangan lupa renew lesen mulut dan cukai kesabaran, serviskan hati,
kawal kadar pencemaran mata dan telinga,
peliharalah enjin perut, anda mungkin salah seorang pemenang
Anugerah Malam Lailatul Qadar 1430H,
ayuh, perbanyakkan ibadah dan beramal jariah dalam bulan Ramadhan ini,
Tuah anda siapa yang tahu..