Selasa, 26 Mei 2009

Kaunter MAIPk....?!


Assalamualaikum dan salam perpaduan.... semoga anda para pengeblog serta pembaca sekalian sentiasa senyum dan sihat sokmo...

Alhamdulillah, teman hari ini nak berkongsi dengan kalian semua... Hari ini (26/5/2009) jadual teman agak padat sikit kerana beberapa perkara perlu dibereskan...

Pada hari ini, di sebelah pagi, Daerah Kinta, tempat teman keje, diadakan satu program iaitu Hari Bertemu Pelanggan Peringkat Daerah Kinta... program ini dihadiri oleh menteri besar Peghak Dato' Seri Zambeghi dan barisan exconya....

Apa yang teman nak berkongsi, alhamdulillah, program ini, jabatan teman membuka kaunter kepada pihak awam bagi sebarang aduan dan pertanyaan.... sebaik kami buka kaunter saja, banyak pertanyaan dan persoalan tentang kutipan dan pengiraan zakat disoal oleh pihak awam, terutamanya pihak penjawat awam.... kami yang menjaga kaunter, lebih kurang ada 4 orang termasuklah ibu pejabat berjaya melayan client dengan sebaiknya...

Keadaan dan perilaku client ini telah memberikan suatu gambaran yang baru kepada ana bahawa mereka masih dahagakan maklumat dan pengetahuan mengenai zakat... ana rasa bersalah dan mengharapkan agar Allah memberi kelapangan dan kekuatan kepada ana untuk menyampaikan maklumat mengenai pengiraan zakat... agar mereka yang mencukupi syarat2nya dapat mengeluarkan zakat dengan yakin... insyaAllah...

jumpa lagi... Assalamualaikum wbt....

Isnin, 25 Mei 2009

Pengumuman Kahwin...?!

assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.... semoga sahabat dan sahabiah sekalian sentiasa sihat wal'afiat...

pertamanya, dalam peluang ini, ana minta maaf banyak-banyak daripada Us Ramadhan di atas segala silap dan kesalahan ana sepanjang nta menjadi ketua kepada ana... begitu juga kepada bonda... harap kalian berdua maafkan ana...

keduanya, ana nak mengambil peluang ini untuk membuat satu pengumuman yang penting...

InsyaAllah, jika tiada aral melintang, angin lintang tetap diredah, ombak badai ganas tiada kasihan, panas terik tetap mencucuk-cucuk, maka tuan puan sekalian dijemput untuk hadir ke satu majlis perkahwinan di antara Dr. Fadzil imatch dengan bakal pasangannya pada 7 Jun 2009 di no. 9, jln perdana timur, pinji perdana, Lahat Perak (dekat dengan rumah ana je)....

ana menjadi wakil kepada dia untuk menjemput kalian semua... nak tau map atau jalan nak pi rumahnya, boleh call ana atau no. dia.. 019-4448853

(poji, jangan tak pegi, bukannye jauh dari rumah mike...)

sapa2 yg turun waktu tersebut, bolehla pastu kita berkelah di Lata Kinjang, Tapah.. poji jadi ketuanya...

Rabu, 20 Mei 2009

Radio Perak FM..

Assalamualaikum wbt...


apa khabar teman semua...? semoga anda semua sihat dan senyum sokmo... ada masalah senyum... waktu senang pun senyum sokmo...



sekadar nak share dgn teman-teman... insyaAllah, jika tiada apa masalah, teman akan keluar di radio Perak FM secara langsung pada hari Jumaat minggu ini jam 12.30 tengahari... apa lagi, dengorla ape teman nak bercerita nanti... tunggu depan radio.... ok.. sayonara...

Dilema seorang Gadis

Isnin, 11 Mei 2009

Selamat Hari Jadi....



sapa-sapa yang menyambut hari jadi hari ni... selamat hari jadi.... semoga dimurahkan rezeki selalu dan dipanjangkan umur hingga ke cucu cicit..... amin....

Piknik di Lata Kinjang....






assalamualaikum dan salam sejahtera... bertemu kita kembali, mudah-mudahan hidup kita sentiasa ceria dan dirahmati ALlah selalu... hari ini (11/5/2009) teman mengambil cuti rehat... saja je.. nak rehat minda dan fizikal daripada kerja-kerja pejabat....

alhamdulillah, semalam, teman dan beberapa sahabat iaitu muzammil, fauzi dan teman serumahnya(kami panggil hj je)... pi berpiknik di Lata Kinjang, Tapah.... berkumpul di rumah poji pada pukul 10 pagi dan singgah di pekan Tapah untuk membeli beberapa barang yang belum lagi dibeli...

seterusnya kami terus ke Lata Kinjang... menurut kata poji, pada hujung minggu, waktu pagi ni belum ramai yang datang... orang ramai akan datang selepas waktu zohor.... jadi, tuan puan jangan terkejutla.. bila sampai kat Lata Kinjang nanti kena sediakan duit RM1.00 untuk parking... dikumpul oleh pengurusan Lata Kinjang... waktu kami sampai, ada parking kosong.... teman bawa roti ngan sardin, muzammil bawak sos cili, daging hotdog dan ais, poji dan housematenya sediakan air, daging burger dan arang... untuk apa arang... biasale... untuk panggang daging hotdog dan bege la...

bila kami sampai, kami tengok kawasan kolam di sebelah bawah sekali sudah penuh dengan orang ramai... lalu kami congak untuk cari kawasan di sekitar pertengahan air terjun... lalu, kami dapat jumpa satu tempat di sebelah tengah dan hampir dengan air terjun... jadi, mula-mula kami tak mandi dulu.. kami layan perut la... buat bara arang, panggang hotdog dan bege dan santap dulu untuk first round... dah isi perut, baru kami terjun ke dalam sungai untuk mandi... peghhh... terasa hilang kepenatan akibat keje2 di pejabat.... inilah kelebihannya jika kita dapat bergabung dengan alam semulajadi... ciptaan Allah... terus terang teman sebut, dalam tempoh 27 tahun teman duk kat Perak ni... inila kali pertama teman sampai kat Lata Kinjang... sebelum ni teman dengor cerita lata kinjang ni daripada kawan-kawan disamping tengok dari jauh bila ikut highway balik ke Ipoh daripada Tapah....

dah mandi lebih kurang 45 minit, sebahagian daripada kami naik ke tempat lepak, dan panggang semula baki daging bege dan hotdog... ditambah pula dengan roti gardenia dan sardin melengkapkan lagi menu simple kami.. biasale... orang bujang.... kalau piknik org keluarga lain sikit.... hee..hee..hee..

akhirnya, kami tamatkan piknik kami di Lata Kinjang lebih kurang pukul 2.00 petang.. lebih kurang 3 jam kami berada di sana... mudah-mudahan dengan seribu macam kejadian Tuhan di sana dapat menenangkan sejuta keresahan yang bersarang dalam minda dan kalbu kami... Ya Allah, ampunkanlah dosa kami dan dosa-dosa pengunjung yang lain sekiranya kami buat banyak kesalahan sepanjang kami berada di Lata Kinjang... amin....

ajak Basidh, dia balik JB, jengok bininya yang tengah sarat mengandung, ajak Hanif, dia ada meeting di Kedah, ajak Dr. Fadhil, dia halfday keje di Hospital Manjung, ajak us hamdi n family, dia ada planning pi shopping dengan familinya... bior ajela deme ngan aktiviti deme....

apapun, teman mengucapkan ribuan terima kasih kepada hj, poji dan muzammil kerana komit dengan piknik ni... insyaAllah di lain waktu dan masa, kita buat lagi.... akan datang kita panggil ramai sikit... ok...

Selasa, 5 Mei 2009

Book Review of Administratrive Behavior by Herbert A. Simon

assalamualaikum dan salam sejahtera... minta maaf, tidak menulis beberapa hari ni... minggu lepas bermula daripada 28 April sehingga 30 April, sibuk dengan Kembara Zakat 2009... Jumaat, Sabtu dan AHad tumpu dengan assignment yang perlu dihantar minggu ni... moga-moga teman dapat the best mark utk final subject master ini... kalian doakan sekali ya... justeru, untuk mengisi pengisian laman blog ni... teman kongsikan dengan kome sekalian sebahagian daripada assignment yang teman kena buat... iaitu mereview empat (4) buah buku.. tebal-tebal belaka pulak tu...


Book Review of Administratrive Behavior by Herbert A. Simon

Buku ini yang ditulis oleh Herbert A. Simon, pemenang anugerah keamanan Nobel telah mengemukakan suatu bentuk sains pentadbiran dalam konteks organisasi dan kemanusiaan. Buku ini mengemukakan dua bentuk bahagian di mana bahagian pertama mengemukakan teks asal buku ini manakala bahagian kedua, Simon memberi komentar pada setiap bab berkaitan pembangunan moden dalam teori ekonomi dan organisasi. Dalam muka surat viii, Simon ada menyebut bahawa buku ini bukan sahaja kepada pemerhati dan perekabentuk organisasi, tetapi kepada setiap orang. Buku ini membincangkan tiga perkataan yang popular dalam sains sosial iaitu “behavior” (kelakuan), “decision-making” (pembuatan keputusan) dan “organization” (organisasi). Tiga perkataan ini popular sepanjang zaman dan sentiasa sesuai untuk dikaji dan diteliti.

Niat Simon adalah untuk membuat sumbangan dalam bentuk metodologi. Sebagaimana yang beliau sebut dalam pendahuluan bagi edisi pertama, beliau menyebutkan tiada “adequate linguistic and conceptual tools for realistically and significantly describing even a simple administrative organization – describing it, that is, in a way that will provide the basis for scientific analysis of the effectiveness of its structure and operation” (ms xi). Untuk menampung kelemahan tersebut adalah dengan penulisan ini yang disediakan oleh Simon.

Buku ini terbahagi kepada 11 bab, memberi perhatian kepada isu-isu konsep (bab 2 dan 3), pembinaan teori (bab 4 dan 5), motivasi (bab 6), proses organisasi yang spesifik (bab 7 hingga 10) dan aplikasi terhadap struktur organisasi (bab 11). Wujud dalam semua bab itu pandangan Simon mengenai pembuatan keputusan yang masih belum dikatakan rasional kerana pembuatan keputusan yang rasional perlu melibatkan spesifikasi yang sempurna mengenai kemungkinan inputnya yang bergantung kepada kebarangkalian tindakan yang diambil yang paling terbaik. Inilah pandangan yang terbaik oleh seorang manusia untuk mengetengahkan serta menjawab persoalan kerasionalan tersebut. Justeru itu, di dalam buku Administrative Behavior, beliau berhujah bahawa teori pentadbiran mesti berkaitan dengan batasan kerasionalan (limits of rationality), dan tingkahlaku organisasi yang memberi kesan terhadap batasan tersebut. Simon berhujah bahawa organisasi membenarkan untuk membuat keputusan berdasarkan nilai fakta di mana mereka menetapkan dengan suatu set alternatif yang boleh dipertimbangkan. Organisasi boleh diperbaiki dengan memperbaiki kaedah di mana batasan itu dapat didefinisi dan dikenakan.

Dalam pengenalan bab kedua buku ini, diketengahkan suatu analisa tentang prinsip-prinsip pentadbiran yang dijumpai di dalam karya terdahulu. Iaitu mengenai teori pentadbiran dengan satu pandangan untuk menunjukkan ketidakcekapan dan keperluan mereka terhadap pembangunan prinsip-prinsip tersebut yang disediakan oleh Simon. Sebagai contoh, dia menarik perhatian terhadap konflik di antara aspek prinsip kesatuan arahan dengan aspek pengkususan, dengan suatu pemerhatian di mana terdapat banyak sokongan terhadap kesatuan arahan, dalam praktikal yang sebenarnya, keperluan terhadap aspek pengkhususan adalah lebih besar daripada keperluan terhadap aspek kesatuan arahan.

Dalam bab kedua ini juga, Simon membangkitkan mengenai apa sebenarnya yang dikatakan sebagai kriteria bagi menerang dan mendiagnoskan situasi pentadbiran. Untuk ini, Simon telah menegaskan bahawa perkara ini merupakan urusan untuk penyelidikan yang empirik. Kegagalan pada penggubal teori ialah mereka tidak melakukan penyelidikan yang empirik yang akan menjelaskan keadaan yang konkrit mengenai pelbagai kriteria. Terdapat dua syarat yang perlu bagi penyelidikan yang empirik untuk menukar pepatah teori kepada analisis saintifik sebagaimana yang disebut oleh Simon di dalam muka surat 48 :

“First, it is necessary that the objectives of the adminsitrative organization under study be defined in concrete terms so that results, expressed in terms of these objectives, may be accurately measured. Second, it is necessary that sufficient experimental control be exercised to make possible the isolation of the particular effect under study from other disturbing factors that might be operating on the organization at the same time.”

Simon tidak mempertimbangkan kenapa adanya kekurangan yang luarbiasa. Sebab pertama, kebarangkalian, suatu organisasi terutamanya organisasi awam tidak mempunyai matlamat yang menghasilkan kriteria yang tidak jelas. Kadang-kadang kewujudan objektif organisasi sebagai kenyataan am yang kabur. Sebagaimana yang diperhatikan oleh Simon dalam muka surat 4, “goals or final objectives of governmental organization and activity are usually formulated in very general and ambiguous terms-‘justice’,’the general welfare’, or ‘liberty’”. Jika organisasi tidak mempunyai matlamat yang relevan, atau matlamatnya mempunyai konflik, jelasnya penyelidik tidak dapat merancang untuk membuat diagnos kriteria-kriterianya.

Dalam bab kelima, Simon ada menyebut “the central concern of administrative theory is with the boundary between the rational and the nonrational aspects of human social behavior” (ms 118). Dia mendefinisikan bahawa prinsip batasan kerasionalan seperti berikut; “the capacity of the human mind or formulating and solving complex problems is very small compared with the size of the problems whose solution is required for objectively rational behavior in the real word”. Tambahan pula, beliau telah menggantikan peningkatan pilihan matlamat dengan kepuasan matlamat. Ini bertentangan dengan bidang ekonomi di mana agen ekonomi yang rasional selalunya boleh memaksimumkan pilihan. Dengan pandangan kepuasan ini, pilihan masalah di bawah batasan kerasionalan memerlukan analisis psikologi yang teliti.

Simon juga telah mendefinisikan organisasi sebagai “complex pattern of communication and relationships in a group of human beings”. Bentuk ini menyediakan setiap ahli pelbagai maklumat dan banyak tanggapan, matlamat dan kelakuan yang berkaitan dengan keputusannya, serta menyediakan mereka satu set kestabilan keyakinan tentang apa yang dilakukan oleh ahli kumpulan yang lain dan bagaimana mereka akan bertindakbalas kepada apa yang ahli tersebut cakap dan bertindak. Bentuk sebegitu boleh berubah sekiranya kepercayaan dan kelakuannya diubahsuai oleh perubahan di dalam aliran komunikasi. Simon juga menunjukkan bahawa “organization is important…because, by structuring communications, it determines the environment of information in which decisions are take”. Tidak sukar untuk melihat akan kepentingan komunikasi dalam suatu organisasi di mana ia digambarkan lebih penting daripada koordinasi. Maklumat atau peranan strategik komunikasi tidak boleh diremehkan terutamanya apabila kita mengambil organisasi sebagai satu sistem pembuatan keputusan dalam permainan yang memerlukan aspek kerjasama, dimana kita ketahui bahawa orang lain mengharapkan kita untuk berfikir sangat penting daripada permainan yang kompetitif.

Secara umumnya, Simon telah menjelas dan menerangkan di dalam tesisnya, dengan perhatian terhadap perkara seperti peranan yang dimainkan oleh nilai dan fakta dalam keputusan pentadbiran, konsep kerasionalan dalam pembuatan keputusan, perbandingan antara aspek psikologi dan logik dalam proses pilihan termasuklah kaedah-kaedah di mana suatu organisasi membentuk tingkahlaku individu, suatu keadaan keseimbangan di mana menghasilkan keputusan di mana suatu kumpulan manusia membenarkan keputusan dan tingkahlaku mereka dipengaruhi oleh bahagian mereka dalam organisasi. Di samping itu, peranan autoriti dan pengkhususan dalam organisasi, proses komunikasi, konsep kecekapan dan kesetiaan organisasi.

Buku ini telah menyediakan suatu titik permulaan bagi sains pentadbiran, sebagaimana dia membangunkan satu set konsep dan struktur untuk mendekati dan menganalisis masalah organisasi. Buku ini telah membantu memberikan beberapa idea asas mengenai pentadbiran dan mendekatkan pembaca dengan kamus pekerjaan dalam pengajian organisasi. Daripada buku ini boleh dibuat kajian seterusnya mengenai teknik atau metodologi untuk mengukur kejayaan prinsip-prinsip pentadbiran seperti jarak kawalan, pengkhususan, kesatuan arahan dan sebagainya.