Sabtu, 18 Julai 2009
Pembangunan Asnaf Fakir dan Miskin; Suatu Pandangan
Ramai di kalangan masyarakat masih tidak memahami apa yang dikatakan fakir dan miskin. Kedua-dua kelompok ini banyak disebut di dalam al-Quran. Fakir menurut perbincangan para ulama ialah seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50% daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya. Sebagai contoh, jika RM10 diperlukan bagi memenuhi keperluan asasi harian, maka pendapatan dia hanya mencapai RM5 sehari dan tidak lebih daripada itu.
Miskin pula disebut seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung keperluan orang-orang tanggungannya. Sebagai contoh, dia mempunyai pendapatan tidak melebihi RM10 dan tidak kurang daripada RM5.
Kelompok fakir dan miskin ini tidak selama-lamanya berada dalam keadaan yang sama. Mereka boleh berubah keluar daripada kepompong kefakiran dan kemiskinan, dengan syarat beberapa tindakan perlu dilaksanakan bersama. Bukan sekadar tindakan dilakukan oleh individu fakir itu, bahkan pihak pemerintah perlu juga menyediakan sokongan dan prasarana bagi membantu kelompok-kelompok ini.
Untuk melihat kumpulan fakir dan miskin ini dapat mengeluarkan diri mereka daripada kelompok, terdapat beberapa tindakan yang perlu dilakukan oleh mereka sendiri. Pertama ialah mereka perlu mempunyai keazaman yang kuat untuk mengubah keadaan mereka menjadi golongan yang berpendapatan tinggi. Ini kerana dengan keazaman yang kuat akan mendorong diri mereka bekerja dengan lebih gigih dan tekun lagi. Sebagaimana firman Allah surah Ar-Ra’du, ayat yang ke-11 yang bermaksud “….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….”. Mereka berazam untuk melipatgandakan pencarian rezeki, berazam untuk tidak cepat putus asa, berazam untuk mencari rezeki yang halal, berazam tidak menipu ketika bekerja dan sebagainya. Yang penting adalah faktor keazaman.
Faktor kedua yang perlu dimiliki ialah sikap bekerja dengan gigih. Ini kerana untuk mendapat rezeki bukan dengan jalan yang mudah dan senang. Semuanya dengan kerja yang gigih. Untuk mendapat beras memerlukan tempoh yang lama bagi pokok padi untuk masak. Untuk membina sebuah tempat tinggal yang selesa memerlukan usaha yang gigih. Sikap bekerja dengan gigih memberi kegembiraan kepada pihak pekerja dan pihak majikan. Kedua-dua pihak akan mendapat faedah bersama. Justeru, faktor bekerja dengan gigih diperlukan bagi setiap individu yang fakir dan miskin bagi mengubah nasib dan status kehidupan mereka.
Pihak pemerintah juga tidak terlepas daripada tanggungjawab untuk membantu kelompok fakir dan miskin ini. Pertama, pihak kerajaan perlu menyediakan program pembangunan insan yang berkala dan berterusan kepada kelompok fakir dan miskin ini. Program-program yang akan diadakan ini dapat memberikan peluang dan kaedah yang pelbagai kepada pihak asnaf agar mereka dapat merancang perjalanan kehidupan mereka. Program yang dilaksanakan ini bukan sekadar membincangkan mengenai peluang ekonomi dan pasaran, bahkan juga perlu diisi dengan modul-modul agama yang memberi penekanan terhadap aspek spiritual dan mental. Kesan daripada penerusan program pembangunan insan ini akan dapat memupuk dan membentuk setiap jiwa-jiwa individu ini ke arah yang lebih baik ditambah lagi dengan maklumat semasa mengenai peluang ekonomi.
Tindakan kedua yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan bagi membantu golongan ini adalah dengan menyediakan prasarana dan kemudahan kepada kelompok fakir dan miskin. Prasarana dan kemudahan ini boleh menjadi bentuk sokongan yang kuat kepada kelompok ini. Sebagai contohnya, jika ada di kalangan mereka ingin memulakan perniagaan atau menjadi usahawan, pihak kerajaan boleh menyediakan dana atau kemudahan untuk berniaga. Pada peringkat awal pelaksanaan perniagaan kecil dan sederhana, mereka mendapat sokongan yang kuat dan seterusnya dapat berdikari pada masa mendatang.
Pihak kerajaan juga boleh menyediakan peluang pekerjaan dalam sektor awam kepada anak-anak keluarga kelompok ini berdasarkan kepada tahap pendidikan masing-masing. Dengan tindakan sebegini, anak-anak daripada kelompok ini akan mempunyai pekerjaan yang baik dan terjamin dan akhirnya akan membuka ruang kepada diri dan keluarga mereka daripada kelompok kemiskinan. Dalam perkara ini, pihak kerajaan boleh mewujudkan dasar dan polisi berdasarkan kemampuan dan keupayaan agar program pengurangan kelompok fakir dan miskin dapat dilaksanakan dengan jayanya. Keutamaan hendaklah diberikan kepada anak-anak fakir dan miskin dalam bidang pekerjaan sektor awam.
Menjadi harapan melihat umat Islam dapat membebaskan diri dan keluarga mereka daripada belenggu kemiskinan. Ini kerana sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi SAW yang bermaksud bahawa kemiskinan itu hampir dengan kekufuran. Justeru itu, untuk mengelakkan diri dan keluarga mereka daripada terjerumus dengan kekufuran, hendaklah kelompok ini berusaha dengan bersungguh-sungguh dibantu dengan pihak kerajaan bagi mengubah kehidupan mereka ke arah yang lebih baik.
(artikel ini ditulis sebagai latihan dalam suatu kursus teman di ILIM pada hari Isnin hingga hari Khamis yang lepas dan berlaku beberapa penambahbaikan selepas itu)
Jumaat, 3 Julai 2009
Artikel... artikel... artikel...
Untuk pengetahuan pembaca sekalian, cerita pawagam the transformers yang sedang ditayangkan sesuai untuk membina imaginasi... teman dah tengok cerita transformers ni... selamat menonton...
Jumaat, 12 Jun 2009
Hadis Pilihan hari ini...
وعن أبي هريرة – رضي الله عنه – قال : قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم - : ( ثلاثة لا يكلمهم الله يوم القيامة ولا ينظر إليهم ولا يزكيهم , ولهم عذاب أليم : رجل على فضل ماء بالفلاة, يمنعه من ابن السبيل , ورجل بايع رجلا بسلعة بعد العصر، فحلف له بالله لأخذها بكذا وكذا فصدقه ، وهو على غير ذلك، ورجل بايع إماما لا يبايعه إلا للدنيا، فإن أعطاه منها وفى ، وإن لم يعطه منها لم يف ) متفق عليه .
Yang bermaksud : Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : “Tiga orang Allah tidak akan bercakap-cakap dengannya pada hari kiamat kelak. Malah Allah tidak akan menoleh (memandang) kepadanya, Allah tidak akan menyucikan dirinya (daripada dosanya). Sebaliknya disediakan untuknya seksa yang sangat pedih. Pertama; orang yang mempunyai bekalan air yang banyak di suatu kawasan lapang atau sahara tapi aia enggan untuk memberi minum para musafir (yang kehabisan bekalan minuman). Kedua; orang yang menawar untuk membeli barangan selepas Asar dengan bersumpah atas nama Allah, bahawa dia akan membeli atau mengambil barang itu dengan harga tertentu. Janjinya itu dipercayai benar oleh penjual, padahal dia sebenarnya langsung tidak berniat untuk membelinya. Ketiga; orang membaiah pemimpin (mengundi dan memilih pemimpin) semata-mata kerana perhitungan keduniaan (kebendaan). Kalau orang yang dipilihnya itu memberikan janji habuannya, maka barulah dia akan menunaikan kewajipannya. Kalau tidak, ia akan bersikap enggan (atau ingkar).” (Hadis Muttafaqun ‘alaihi)
Sabtu, 6 Jun 2009
Sebab Mak dan Ayah Meninggal...?!
Mak dan Ayah Meninggal boleh menyebabkan anak-anaknya tidak mahu belajar
Ada satu kes permohonan bantuan segera iaitu kecemasan di mana terdapat seorang pemohon datang ke pejabat memohon bantuan kecemasan. Beliau memberi sebab beliau memerlukan bantuan segera kerana seorang anaknya berada di dalam wad komeoterapi di HKL dan setiap minggu menjalani rawatan. Bininya menjaga anaknya itu...
Pada masa yang sama, beliau menunjukkan surat doktor dari HKL seperti yang diminta oleh teman bagi membuktikan apa yang beliau kata adalah benar... Sembang punye sembang.. teman pun koreklah pasal keadaan beliau kini dan masa lampaunya.. Pemohon ini sekarang bekerja kampung dengan pendapatan RM400 - RM500 sebulan.. Teman tanya lagi... anak-anak dia duduk di mana sedangkan dia sibuk bekerja dan melawat anaknya di HKL.. Dia kata.. oleh kerana keadaan kewangan tidak mencukupi, 4 orang anaknya dijaga oleh adik beradiknya yang lain di Teluk Intan disebabkan kekurangan kewangannya...
Teman tak puas hati lagi, selalunya jarang juga serahkan kesemua anak-anak pada orang lain jika tidak cukup duit, seorang dua boleh gagah lagi la... rupa-rupanya pemohon ini hanya bersekolah sampai darjah satu sahaja... Aduh... teman pun tanya sebab apa bersekolah sampai darjah 1, kerana duit ke atau sebab lain.. dia kata.. kerana emak dan ayahnya meninggal.. menyebabkan dia tidak bersekolah.. teman pun tidak menafikan kata-kata dia sebab teman pun ada jumpa satu keluarga sekarang, terdapat seorang budak tidak bersekolah kerana faktor emaknya meninggal...
Bila teman dengor kata-kata dia gitu.. teman pun bertazkirah la pada dia... sampaikan teman tanya pada dia.... "mike, 10 - 3 berapa?".. dia senyap dan senyum lalu menggeleng kepala dia... "Abistu, mcm mana kamu beli barang dan kamu terima baki duit tu?" teman tambah lagi... dia kate ape... "saya masuk poket je baki duit tu encik"... teman nak marah ade... nak gelak pun ade... tapi inilah realiti yang berlaku betul-betul depan ana... "masyaAllah"... teman pun sambung sikit lagi tazkirah pada dia.... dlm hati turut simpati gak kerana inilah kesan jika tiada ilmu.. sukar untuk mendapat kehidupan yang baik.. mudah-mudahan dia dan keluarganya diberkati dan dimurahkan rezeki...
teman pun bantula dia juga dengan sejumlah wang peruntukan zakat... mudah-mudahan dia sedar dan berusaha.... chaiyok.....
jadi, sebelum ini pun ana ingin membuat kajian tidak rasmi mengenai tingkahlaku, keadaan, situasi dan apa-apala terhadap golongan fakir dan miskin termasuklah muallaf.. jadi, jika ada mana2 pihak yang berminat ingin membuat kerjasama dgn ana atau Baitulmal, dipersilakan... ilal liqa'...
Kenduri Walimah Nasior....

Assalamualaikum dan salam sejahtera... dah agak lama teman tak menulis minggu ni.. minta maaf.. ada beberapa perkara yang nak ditulis.. tetapi kehendak kerja perlu dipenuhi menyebabkan teman tidak ada masa untuk menulis..
Untuk posting kali ini, teman nak bercerita sedikit pada kenduri walimah sahabat senegeri teman.. apa lagi namanya Mohd Nasir Sulaiman.. org peghak panggil nasior... bila bersembang ngan kengkawan.. memang sebutannya pekat ngan style org peghak...
Alhamdulillah, pada hari ini (6/5/09) diadakan kenduri walimah dia di rumahnya di Lekir... jika dari rumah teman, memang jauh gak, hampir 90km... jadi sepertimana yang kome lihat, YB Nga Kor Ming dijemput oleh keluarganya datang dan makan semeja ngan Nasior.. bertuahla yob...
Memang teman kata, kenduri Nasior hari ini mcm konsep 1One Malaysia yang Najib warwarkan... org cina, india datang ke kendurinya... nasib baik takde org Iban dan Kadazau dalam kawasan perumahannya.. tidak lagi hebat lagi kendurinya...
Apapun tahniah teman ucapkan pada yob Nasior di atas kenduri dan perkahwinannya... Dengor-dengor, Nasior kena tunggu 2 tahun lagi barula bininya dapat posting dekat dengan husbandnya.... hee..hee..hee. sabor je la Nasior... jumpa lagi... ilal liqa'....
Selasa, 26 Mei 2009
Kaunter MAIPk....?!

Assalamualaikum dan salam perpaduan.... semoga anda para pengeblog serta pembaca sekalian sentiasa senyum dan sihat sokmo...
Alhamdulillah, teman hari ini nak berkongsi dengan kalian semua... Hari ini (26/5/2009) jadual teman agak padat sikit kerana beberapa perkara perlu dibereskan...
Pada hari ini, di sebelah pagi, Daerah Kinta, tempat teman keje, diadakan satu program iaitu Hari Bertemu Pelanggan Peringkat Daerah Kinta... program ini dihadiri oleh menteri besar Peghak Dato' Seri Zambeghi dan barisan exconya....
Apa yang teman nak berkongsi, alhamdulillah, program ini, jabatan teman membuka kaunter kepada pihak awam bagi sebarang aduan dan pertanyaan.... sebaik kami buka kaunter saja, banyak pertanyaan dan persoalan tentang kutipan dan pengiraan zakat disoal oleh pihak awam, terutamanya pihak penjawat awam.... kami yang menjaga kaunter, lebih kurang ada 4 orang termasuklah ibu pejabat berjaya melayan client dengan sebaiknya...
Keadaan dan perilaku client ini telah memberikan suatu gambaran yang baru kepada ana bahawa mereka masih dahagakan maklumat dan pengetahuan mengenai zakat... ana rasa bersalah dan mengharapkan agar Allah memberi kelapangan dan kekuatan kepada ana untuk menyampaikan maklumat mengenai pengiraan zakat... agar mereka yang mencukupi syarat2nya dapat mengeluarkan zakat dengan yakin... insyaAllah...
jumpa lagi... Assalamualaikum wbt....


