Isnin, 12 Januari 2009

Sikap Org Melayu 1...

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Di awal penulisan ini, doa-doa daripada sebahagian besar umat manusia mengiringi perjuangan HAMAS melawan Israel.. Sehingga ke saat ini (12/01/2009) diberitakan bahawa tentera Israel menerima tentangan hebat daripada tentera HAMAS sehinggakan HAMAS berjaya melancarkan satu jenis roket jarak jauh yang sebelum ini belum lagi menyerang ISrael.

Apa yang teman nak ceritakan, baru-baru ni teman pergi menyiasat beberapa buah rumah yang memohon bantuan. Ada satu pemohon yang menunjukkan sikap yang tidak bertanggungjawab. Dipendekkan cerita, pemohon tersebut sedang menanggung seorang cucunya yang sedang bersekolah rendah. Mak budak tersebut telah meninggal dunia manakala ayahnya telah berkahwin lain dan tinggal di tempat lain. Dibiarkan budak itu ditanggung oleh neneknya yang telah berusia 60-an.

Mak budak tersebut telah meninggal akibat kemalangan ketika kerja. Kesan daripada itu, budak tersebut telah mendapat bantuan bulanan Perkeso sehinggalah budak tersebut cukup umur. Apabila bercerita bab duit, maka berebutlah ayah budak tersebut dengan nenek budak tersebut. Perkeso akan menyerahkan duit bulanan itu kepada penjaga. Maka bergaduhlah dua pihak dan akhirnya bapa budak tersebut berjaya mendapat duit Perkeso itu. Yang geramnya dalam pergaduhan tersebut, nenek budak itu telah mengatakan kepada bapa budak, sekiranya dia taknak jaga budak itu, biar aku (baca:nenek) jaga budak itu, ko (baca : bapak budak) amiklah duit Perkeso. Seronoklah bapak budak itu dapat duit Perkeso sehinggakan tidak pernah bagi pada anaknya dan kahwin dengan perempuan lain...

Jadi bila budak itu dah masuk alam persekolahan, maka kelam kabutlah si nenek itu untuk mencari rezeki dan bantuan daripada agensi kerajaan... sehinggalah si nenek itu memohon bantuan daripada MAIPk... Jadi, apa pandangan tuan/puan dalam kes ini, adakah budak itu dapat bantuan daripada MAIPk..... Ulasan dan pandangan amat dialu-alukan...

1 ulasan:

  1. Terdapat 2 perkara disini.

    1. HAMAS. InsyaAllah siapakah yang tidak idamkan mati syahid? Saya menyokong sepenuhnya HAMAS. Doakan kepada saudara kita disana. Namun setakat doa sahaja tidak cukup. Adakah dengan memberi wang sudah mencukupi, saya rasa mereka ada wang. Yang tiada adalah senjata. Bagaimana kita boleh membantu mereka beri senjata yang terkini. Yang boleh melawan Zionis Israel secara 'insurgensi'. Selain itu ramai cerdik pandai Melayu yang power2 dalam santau ni, inilah masa anda menunjukkan kepakaran anda yangs selama ini anda simpan. Biar Zionis Yahudi Israel tahu ini santau, senjata terkini dari Malaysia.

    2. Bapa yang macam itu patut kita tangkap kasi sahaja. Buat anak tahu, jaga anak hampeh. sekalipun nenek itu menjaga cucunya namun nenek itu juga tak bertanggungjawab. Nenek patut buat repot polis, dakwa bapa cucunya itu. Kalau dibiarkan makin menjadi-jadilah si bapa tadi. Soal mohon bantuan sudah menjadi perkara kedua. So sekarang beban dipindahkan dari seorang bapa yang tak bertanggungjawab yang sehingga kini masih belum dikenakan sebarang tindakan kepada badan kerajaan yang menjadi tanggungjawab rakyat malaysia secara umum. Bila diberi, bermakna menggalakkan mintak sedekah. Tak diberi dikatakan kerajaan negeri yang ada tak bertanggungjawab. yang bertanggungjawab paling utama bapa, kedua penjaganya dan yang ketiga baru kerajaan negeri dan seterusnya persekutuan. Kalau kita bersetuju membuta tuli kita juga tak bertanggungjawab.

    Jadilah suatu rumpun masyarakat yang bertanggungjawab, beretika dan profesional.

    BalasPadam