Sabtu, 6 Jun 2009

Sebab Mak dan Ayah Meninggal...?!

Teman rasa bertuah bekerja di Baitulmal ini kerana teman dapat membuat beberapa pemerhatian dan kajian secara tidak rasmi mengenai tingkahlaku golongan fakir dan miskin... Salah satunya yang boleh dibuat sepertimana hipotesis berikut : -

Mak dan Ayah Meninggal boleh menyebabkan anak-anaknya tidak mahu belajar

Ada satu kes permohonan bantuan segera iaitu kecemasan di mana terdapat seorang pemohon datang ke pejabat memohon bantuan kecemasan. Beliau memberi sebab beliau memerlukan bantuan segera kerana seorang anaknya berada di dalam wad komeoterapi di HKL dan setiap minggu menjalani rawatan. Bininya menjaga anaknya itu...

Pada masa yang sama, beliau menunjukkan surat doktor dari HKL seperti yang diminta oleh teman bagi membuktikan apa yang beliau kata adalah benar... Sembang punye sembang.. teman pun koreklah pasal keadaan beliau kini dan masa lampaunya.. Pemohon ini sekarang bekerja kampung dengan pendapatan RM400 - RM500 sebulan.. Teman tanya lagi... anak-anak dia duduk di mana sedangkan dia sibuk bekerja dan melawat anaknya di HKL.. Dia kata.. oleh kerana keadaan kewangan tidak mencukupi, 4 orang anaknya dijaga oleh adik beradiknya yang lain di Teluk Intan disebabkan kekurangan kewangannya...

Teman tak puas hati lagi, selalunya jarang juga serahkan kesemua anak-anak pada orang lain jika tidak cukup duit, seorang dua boleh gagah lagi la... rupa-rupanya pemohon ini hanya bersekolah sampai darjah satu sahaja... Aduh... teman pun tanya sebab apa bersekolah sampai darjah 1, kerana duit ke atau sebab lain.. dia kata.. kerana emak dan ayahnya meninggal.. menyebabkan dia tidak bersekolah.. teman pun tidak menafikan kata-kata dia sebab teman pun ada jumpa satu keluarga sekarang, terdapat seorang budak tidak bersekolah kerana faktor emaknya meninggal...

Bila teman dengor kata-kata dia gitu.. teman pun bertazkirah la pada dia... sampaikan teman tanya pada dia.... "mike, 10 - 3 berapa?".. dia senyap dan senyum lalu menggeleng kepala dia... "Abistu, mcm mana kamu beli barang dan kamu terima baki duit tu?" teman tambah lagi... dia kate ape... "saya masuk poket je baki duit tu encik"... teman nak marah ade... nak gelak pun ade... tapi inilah realiti yang berlaku betul-betul depan ana... "masyaAllah"... teman pun sambung sikit lagi tazkirah pada dia.... dlm hati turut simpati gak kerana inilah kesan jika tiada ilmu.. sukar untuk mendapat kehidupan yang baik.. mudah-mudahan dia dan keluarganya diberkati dan dimurahkan rezeki...

teman pun bantula dia juga dengan sejumlah wang peruntukan zakat... mudah-mudahan dia sedar dan berusaha.... chaiyok.....

jadi, sebelum ini pun ana ingin membuat kajian tidak rasmi mengenai tingkahlaku, keadaan, situasi dan apa-apala terhadap golongan fakir dan miskin termasuklah muallaf.. jadi, jika ada mana2 pihak yang berminat ingin membuat kerjasama dgn ana atau Baitulmal, dipersilakan... ilal liqa'...

2 ulasan:

  1. Salam. Bagusla pegawai zakat ni. Prihatin.Mahu melihat kepada akar masalah. I found a good book masa ronda2 di muktamar hari tu. Then teringat lak kat anta punya blog yang ada ala-ala penceritaan buku ini.

    Nampaknya, klu Us Halim keep on menulis dan memperbaiki mutu tulisan, lama-lama boleh buat buku. Saja la bg cadangan. Kalau blh buat, siapa tahu..target 5, 7, 10 tahun lg ke.
    Tajuk bukunya: Suara-suara Terpendam karya M.S. Anuar Mahmod.
    Menulis harus terus!

    BalasPadam
  2. Terima kasih maryamnour.. suatu nasihat dan motivasi yg bagus utk diri ana dan blogger yg lain.. insyaAllah, ana akan cuba perbaiki mutu tulisan.. biasala... style kampung... tengah ingat balik waktu amik subjek karangan BM dulu... apapun, shukran banyak-banyak...

    BalasPadam