Sabtu, 7 Februari 2009

REFLEKSI ARTIKEL WOODROW WILSON THE STUDY OF ADMINISTRATION

Wilson memulakan penulisannya dengan memperkenalkan kepada pembaca tentang bidang pentadbiran. Menurut Wilson, pembangunan pengajian pentadbiran berlaku disebabkan kesan kehidupan masyarakat yang rumit, peningkatan fungsi kerajaan dan sebagainya. Evolusi yang berlaku ini membangkitkan tentang persoalan ‘bagaimana’ dan ‘bentuk apa’ fungsi-fungsi ini akan dipersembahkan. Wilson mencadangkan supaya kerajaan perlu direformasi terutama dalam bidang pentadbiran. Terdapat 2 objektif artikel tersebut ditulis :
1. Apakah tindakan yang boleh dan berjaya dilakukan oleh kerajaan; dan
2. Bagaimana pihak kerajaan melakukan semua perkara itu dengankecekapan yang optimum dan kos yang paling rendah sama ada daripada aspek wang atau tenaga.

Beliau juga berpendapat bahawa pentadbiran adalah bahagian yang jelas dalam pentadbiran. Pentadbiran adalah tindakan kerajaan, pelaksana, dan sebagainya. Dalam hal ini beliau menegur para pelajar dan sarjana yang tidak konsisten untuk menulis dan mengkaji tentang pentadbiran. Sebelum abad ke-19, kebanyakan ahli sains politik sibuk dengan menulis tentang perlembagaan, bentuk negara, kepentingan kedaulatan, kuasa popular dan sebagainya. Yang selalu menjadi isu kepada penulisan-penulisan tersebut adalah siapa yang membuat undang-undang tetapi persoalan yang perlu dirungkaikan bagaimana undang-undang ditadbir dengan keadilan, cekap dan kurang masalah.
Wilson mempercayai bahawa pentadbiran adalah daripada bidang sains. Ini jelas dengan beliau sebut bahawa sains pentadbiran adalah produk terbaru dalam pengajian sains politik. Dalam hal ini tidak banyak method sains yang diserap dalam pentadbiran Amerika. Dengan bukti, beliau merasakan bahawa tidak jelas konsep pentadbiran yang baik. Ini kerana sains pentadbiran pertama kali dibangunkan di Eropah oleh Perancis dan German. Satu sebab mengapa sains pentadbiran di Amerika bergerak perlahan adalah disebabkan isu kedaulatan. Wilson berasa bahawa sukar untuk menyusun pentadbiran dalam sistem demokrasi berbanding dengan sistem monarki. Pentadbiran mesti bertindak balas dengan golongan monarki yang ramai dalam sistem demokrasi yang disebut sebagai pendapat awam. Disamping itu, Wilson menerangkan bahawa pentadbiran awam adalah sistem pelaksanaan kepada undang-undang awam. Setiap aplikasi undang-undang awam adalah tindakan pentadbiran. Beliau memberi contoh dengan membezakan antara perancangan umum dan tujuan pentadbiran. Pengajian pentadbiran dari aspek falsafah, bagi Wilson adalah rapat hubungannya dengan pengagihan kuasa perlembagaan.
Wilson dalam artikelnya lagi membuat penyelidikan tentang hubungan antara pentadbiran dan politik. Pandangan beliau, perkara ini tidak muncul dengan jelas kerana pada sesetengah tempat dia menerangkan kebergantungan dan rapatnya hubungan pentadbiran dan politik. Pada tempat yang lain pula Wilson berhujah bahawa pentadbiran dan politik adalah berpisah. Dia berasa bahawa pentadbiran bergerak diluar daripada lingkungan politik. Persoalan pentadbiran bukan juga persoalan politik. Dengan lebih lanjut lagi dia menyatakan bahawa politik adalah bahagian yang istimewa untuk negarawan dan pentadbiran adalah untuk pegawai teknikal. Demikian itu dia membuktikan perbezaan antara pentadbiran dan politik. Ini menjelaskan daripada diskusi Wilson tentang keraguan antara pemisahan dan campuran pentadbiran daripada politik. Ini menyebabkan para sarjana selepas itu membuat banyak spekulasi yang berbeza tentang idea-idea ini. Mosher menekankan bahawa Wilson membuat kenyataan bahawa wujud dikotomi pentadbiran dan politik.[1] Wilson juga membuat penyelidikan tentang hubungan antara pendapat awam dan pentadbiran. Persoalannya adakah pendapat awam mendapat tempat di dalam perjalanan pentadbiran. Justeru itu Wilson berpendapat bahawa pengajian pentadbiran seharusnya mencari matlamat terbaik kepada pihak awam.
Pada bahagian akhir artikel beliau, Wilson membuat penyelidikan tentang method terbaik yang sesuai bagi pengajian pentadbiran. Dia menolak method falsafah dan menekankan kepada method sejarah dan perbandingan. Dengan itu, Wilson berpandangan bahawa seseorang boleh belajar tentang sistem autokrasi negara-negara Eropah, disebabkan method pentadbiran mereka yang cekap dan efisien tanpa mereka memasukkan unsur-unsur semangat dan tujuan sistem autokrasi.
Konklusi yang boleh dibuat daripada artikel Woodrow Wilson ialah artikel beliau melahirkan pentadbiran awam sebagai “a self-conscious inquiry.” Melalui artikel tersebut, Wilson mencari sesuatu untuk mengukuhkan pentadbiran awam sebagai suatu pengajian yang dikenali. Dengan pelbagai doktrin dibentangkan dimana pengajian pentadbiran awam diterima dengan jelas dalam artikel beliau. Selepas mengkaji artikel Wilson’s The Study of Administration tidak pasti tentang isi yang sebenarnya. Wilson menyamakan pentadbiran dengan method perniagaan, penubuhan institut perkhidmatan awam, memperbaiki tanggungjawab tindakan pentadbiran terhadap pihak awam, masalah agihan kuasa pihak berkuasa di mana ia menjengkelkan kepada mana-mana pembaca yang teliti.
Dalam permulaan artikel beliau menerangkan tentang objektif pengajian pentadbiran untuk menemui apa tindakan yang boleh dilakukan oleh kerajaan. Tetapi artikel itu beralih arah kepada hujah pemisahan antara politik dan pentadbiran. Menurut Waldo, ia menunjukkan tidak konsisten yang serius.[2] Ini menyebabkan ramai sarjana berbeza tafsiran tentang pandangan-pandangan Wilson. Selain itu, artikel itu terlalu umum dan luas. Wilson berasa serba salah terhadap banyak isu dan dia banyak menimbulkan persoalan daripada menyediakan jawapan. Dia gagal untuk menguatkan pengajian pentadbiran yang diperlukan; apakah sebenarnya hubungan antara politik dan pentadbiran dan adakah boleh atau tidak pengajian pentadbiran menjadi sebahagian daripada bidang sains. Ini menimbulkan tanda tanya adakah Wilson jelas perkara sebenar tentang pentadbiran awam.
Apapun, keraguan dan hujah-hujah yang dikemukakan terhadap artikel ini tidak menafikan sumbangan Wilson.bersandarkan kepada pembangunan pentadbiran awam abad ke-20, artikel beliau boleh dikatakan membina idea-idea baru. Melalui artikel beliau yang terkenal, Wilson bukan sekadar memperkenalkan idea tentang pentadbiran tetapi melancarkan bidang pentadbiran awam sebagai sebuah pengajian. Wilson juga telah mengetengahkan pembahagian pengurusan negara kepada 3 cabang iaitu cabang kehakiman, cabang eksekutif dan cabang legislatif.

[1] Frederic C. Mosher, Democracy and Public Service, New York, Oxford University Press, 1968, p. 68.
[2] Dwight Waldo, (Ed), Ideas and Issues in Public Adminstration, New York, McGraw-Hill Book Company Inc., 1953, p. 406.

2 ulasan:

  1. TERIMA KASIH POSTING NI..MMBANTU PENGETAHUAN ASAS PUBLIC MANAGEMENT..TERIMA KASIH>_<

    BalasPadam
  2. Salam ziarah..mak aii, rajinnye en.halim wat research.. subjek master ke ni? Hmm.. takde budak lelaki dtg kenduri umah ana ari tuh. Tak terjemput pun ye jugak.. Ana jemput kawan2 rapat aje. Kenduri kecil2an aje en.Halim.. :) Tapi bila2 nak dtg ziarah Hana mai la umah ana.. :)

    BalasPadam