Memaparkan catatan dengan label SIKAP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SIKAP. Papar semua catatan

Sabtu, 14 Mac 2009

Kebersihan Hospital....


Alhamdulillah, seorang lagi umat Nabi Muhammad SAW telah lahir ke dunia pada hari selasa yang lepas di sebuah hospital kerajaan di sekitar Ipoh...

Jadi teman dengan ayah pi melawat kakak yang tinggal di wad bersalin...

Teman sampai awal sebelum waktu yang dibenarkan melawat...

Teman terpandangla signboard di atas... Rupa-rupanya signboard itu ada "perhiasan" tambahan..

Lawala pulak sigboard tu dengan "perhiasan" tersebut... Maka terfikirla teman, apa yang tidak kena menyebabkan bungkusan air tu pada signboard tidak berbuang...

Fikir-fikir punya fikir, terdapat dua sebab di mana salah satunya yang menyebabkan perkara ini terjadi...

Pertama, konsultan pembersihan hospital tidak menjalankan tugas dengan baik...

Kedua, sikap dan kesedaran moral/akhlak manusia hari ini bermasalah....

Kedua-dua faktor ini semuanya perabih duit rakyat, duit habis bagi pada konsultan, duit habis untuk mendidik kesedaran moral/akhlak... Jadi... diharap insan-insan yang berakal dan beriman... fikir-fikirkanlah supaya antum semua tidak melakukan perkara sebegini.... wallahua'alam...

Isnin, 12 Januari 2009

Sikap Org Melayu 1...

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Di awal penulisan ini, doa-doa daripada sebahagian besar umat manusia mengiringi perjuangan HAMAS melawan Israel.. Sehingga ke saat ini (12/01/2009) diberitakan bahawa tentera Israel menerima tentangan hebat daripada tentera HAMAS sehinggakan HAMAS berjaya melancarkan satu jenis roket jarak jauh yang sebelum ini belum lagi menyerang ISrael.

Apa yang teman nak ceritakan, baru-baru ni teman pergi menyiasat beberapa buah rumah yang memohon bantuan. Ada satu pemohon yang menunjukkan sikap yang tidak bertanggungjawab. Dipendekkan cerita, pemohon tersebut sedang menanggung seorang cucunya yang sedang bersekolah rendah. Mak budak tersebut telah meninggal dunia manakala ayahnya telah berkahwin lain dan tinggal di tempat lain. Dibiarkan budak itu ditanggung oleh neneknya yang telah berusia 60-an.

Mak budak tersebut telah meninggal akibat kemalangan ketika kerja. Kesan daripada itu, budak tersebut telah mendapat bantuan bulanan Perkeso sehinggalah budak tersebut cukup umur. Apabila bercerita bab duit, maka berebutlah ayah budak tersebut dengan nenek budak tersebut. Perkeso akan menyerahkan duit bulanan itu kepada penjaga. Maka bergaduhlah dua pihak dan akhirnya bapa budak tersebut berjaya mendapat duit Perkeso itu. Yang geramnya dalam pergaduhan tersebut, nenek budak itu telah mengatakan kepada bapa budak, sekiranya dia taknak jaga budak itu, biar aku (baca:nenek) jaga budak itu, ko (baca : bapak budak) amiklah duit Perkeso. Seronoklah bapak budak itu dapat duit Perkeso sehinggakan tidak pernah bagi pada anaknya dan kahwin dengan perempuan lain...

Jadi bila budak itu dah masuk alam persekolahan, maka kelam kabutlah si nenek itu untuk mencari rezeki dan bantuan daripada agensi kerajaan... sehinggalah si nenek itu memohon bantuan daripada MAIPk... Jadi, apa pandangan tuan/puan dalam kes ini, adakah budak itu dapat bantuan daripada MAIPk..... Ulasan dan pandangan amat dialu-alukan...