Isnin, 28 September 2009

Menanti Saat Hari Gembira....

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kehadapan sahabat handaiku sekalian, semoga anda semua sihat dan senyum sokmo....

Baru-baru ini selepas Hari Raya 'Aidilfitri 1430H, seorang sahabatku sewaktu di SIS sudah melangsungkan perkahwinan... begitu juga sahabat kita seorang hakim di Tapah pada hari Sabtu yang lepas 26/9/09 telah melangsungkan perkahwinannya dengan gadis pilihannya... alahai poji.. semoga mike hidup bahagia sehingga ke syurga..... jgn nanti mike asyik uruskan hal rumahtangga orang lain, rumahtangga mike pula nak roboh... tahniah buat kome semua....

Mereka berdua sudah menikmati saat hari yang gembira bagi mereka... aku pun tak lama lagi... minggu ni insyaAllah, aku akan menikmat saat hari yang gembira buat aku dan pihak-pihak yang berkepentingan.... mereka berdua mesti berusaha sebaik mungkin untuk menjayakan hari bahagia mereka... teman dengor, poji amik cuti lama gak... agaknye nak pi honeymoon kat Pulau Bali, Indonesia... khabarnya nak berkenalan dengan geng2 kaum batak.... ;-)

Setelah penat lelah aku menunggu, bersabar, dan berusaha keras selama 2 tahun dan 6 bulan, akhirnya aku mendapat hasil yang berbaloi... aku berjaya menggenggam segulung ijazah sarjana dalam bidang pentadbiran awam... ya.. UUM akan mengadakan konvokesyen, sidang kedua bermula 3 oktober hingga 5 oktober 2009....

Tapi aku fikir, aku dapat skrol ni pun kira terbelakang nak dibandingkan dengan sahabat-sahabat kita yang buat full time master dah ikuti konvo masing-masing... dan adapun sahabat kita ni tengah ngaji Ph. D... alhamdulillah....

sahabat-sahabat, doakan untukku agar aku diberikan kekuatan bagi melanjutkan serta menghabiskan pengajian dalam PhD nanti, insyaAllah....

2 ulasan:

  1. Congrate Us Halim!!

    Thn ni masih Sultan Kedah ke penyampai scroll? Ana diberi peluang naik pentas 2x last year huhu..

    Nnt PhD bagus gak enta kaji Pergolakan Politik Perak. Terus further ke?

    Mati2 ingat nk kate mg depan kenduri enta. Hehe.. Suke betul wat ayat misleading, tandanye blh jd pakar penganalisa politik ni:p

    BalasPadam
  2. Jeles..jeles..nak konvo jugak! Tahniah, Us Halim..doakan ana pulak..merangkak ni nak memulakan disertasi MA.Perit gak.

    BalasPadam