Khamis, 10 Disember 2009
Sudah Rasmi.....!
Alhamdulillah, dengan doa daripada kalian semua, ana berjaya dapat mendirikan sebuah 'masjid' dengan pilihan hati ana pada 5 Disember 2009 yang lalu dengan mudah.... shukran jazila...
Untuk kenduri di rumah ana di Kg. Changkat Larang pada 13 hb 12, hari ahad minggu ini, insyaAllah ana, pasangan dan rombongan akan tiba di rumah pada pukul 12.30 tgh ke atas... jadi, jika sahabat dan sahabiah datang ke rumah ana, dtg le pada pukul 12.30 tgh ke atas....
jumpa lagi... nanti ana akan sharekan gambar2 perkahwinan ana nanti, insyaAllah....
Selasa, 24 November 2009
Ahad, 22 November 2009
Bercuti ke Beijing
Assalamualaikum dan salam sejahtera.... semoga anda semua sentiasa sihat dan senyum sokmo... Ana baru balik daripada bercuti ke Beijing, China bersama dengan rakan-rakan sekerja... insyaAllah nanti ana akan kongsikan gambar2 dan beberapa perkara yang menarik bersama dengan antum sekalian... jumpa lagi
Jumaat, 30 Oktober 2009
Pengumuman Rasmi.. Jeng.. je.. jeng....?!
Apa khabar sekalian... Diharap kepada semua pengeblog dan pembaca sentiasa mendapat hidayah dan rahmat daripada Allah SWT... Utk tulisan kali ini, ana nak menjawab le pertanyaan yang sentiasa dilontarkan oleh sahabat sahabiah sekalian... "Bila lagi ustaz halim..." "Apa tarikh hang buat kenduri..".... jadi untuk menjawab soalan2 sebegini.. kena baca sampai abis la artikel ini...
Jadi... sebagai permulaan... ana memperkenalkanlah bakal bini ana insyaAllah....
Namanya Maisarah bt. Hj. Yusof... bekas pelajar UM sewaktu amik BA... sekarang ini sambung belajar di UKM.... sapa-sapa yg aktif ngan PMI dan Fak Sains, mesti kenal dia...
Justeru itu, kami berdua sekeluarga berbesar hati menjemput sahabat sahabiah dan sesiapa yang mengenali kami bertandang ke kenduri kami.... Di rumah perempuan insyaAllah akan diadakan pada 5 Disember 2009 manakala kenduri di rumah lelaki pada 13 Disember 2009... jemput datang ke kedua-dua tempat atau mana-mana tempat yang mudah...
Ini jemputan kenduri di rumah bakal pasangan ana.. .rumah ana seperti berikut...
Datang... jangan tak datang... semoga dengan kedatangan antum semua akan mengeratkan lagi ukhuwah kita serta menambahkan lagi keberkatan.... insyaAllah...
Isnin, 5 Oktober 2009
Segulung Ijazah Sarjana...... UUM
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.... apa khabar anda semua.... ? moga-moga dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ini, kita semua dianugerahi nikmat kesihatan dan kekuatan untuk melaksanakan tugas kita sebagai khalifah..
Alhamdulillah, program ana n family pada hari sabtu yang lepas 3/10/2009 telah berjaya disempurnakan.... Pada hari itu, ana telah naik ke pentas Dewan Muadzam Shah, tempat konvokesyen UUM kali yang ke-22, sidang kedua tahun 2009 mengambil segulung ijazah sarjana pengurusan awam atau master of public management....
Pada sesi ana itu, Sultan Kedah telah berkenan untuk menyampaikan.... Kesemua yang menerima ijazah pada sesi pertama adalah student Ph.D dan master....
Sultan dan Sultanah Kedah berkenan berangkat untuk menyempurnakan sesi pertama konvo ini... manakala MB Kedah tidak dapat hadir, diwakili oleh Datuk Taulan Rasul dan lain-lain vvip....
ana ada rasa sedikit nervous sewaktu hendak mengambil skrol tu... ye la... dengan kali pertama konvo dgn UUM, kemudian yang tersayangs pun hadir termasuklah opah yang la ni duduk di Perlis....
Kemudian, apabila tengok geng2 Ph.D pakai topi dan jubah yang lain drp pelajar master dan ba... rasa geram dan ana memikirkan hendak sambung Ph.D lagi insyaAllah... ye la.. hidup ini kena teruskan... tak boleh gostan... tak boleh dah tengok belakang.... kena maju ke depan...
Kawan-kawan... tolong doakan utk teman supaya teman diberi kekuatan, keazaman dan kemudahan untuk menyelesaikan pengajian universiti sehingga ke tahap Ph.D... semoga dengan doa kalian sebelum, semasa dan akan datang memberikan kejayaan kepada teman...
Ya Allah, aku memohon padaMu agar segala ilmu yang kudapati ini dapat kucurahkan semula ke dalam masyarakat agar aku dan mereka menjadi golongan 'alimin......
Isnin, 28 September 2009
Menanti Saat Hari Gembira....
Kehadapan sahabat handaiku sekalian, semoga anda semua sihat dan senyum sokmo....
Baru-baru ini selepas Hari Raya 'Aidilfitri 1430H, seorang sahabatku sewaktu di SIS sudah melangsungkan perkahwinan... begitu juga sahabat kita seorang hakim di Tapah pada hari Sabtu yang lepas 26/9/09 telah melangsungkan perkahwinannya dengan gadis pilihannya... alahai poji.. semoga mike hidup bahagia sehingga ke syurga..... jgn nanti mike asyik uruskan hal rumahtangga orang lain, rumahtangga mike pula nak roboh... tahniah buat kome semua....
Mereka berdua sudah menikmati saat hari yang gembira bagi mereka... aku pun tak lama lagi... minggu ni insyaAllah, aku akan menikmat saat hari yang gembira buat aku dan pihak-pihak yang berkepentingan.... mereka berdua mesti berusaha sebaik mungkin untuk menjayakan hari bahagia mereka... teman dengor, poji amik cuti lama gak... agaknye nak pi honeymoon kat Pulau Bali, Indonesia... khabarnya nak berkenalan dengan geng2 kaum batak.... ;-)
Setelah penat lelah aku menunggu, bersabar, dan berusaha keras selama 2 tahun dan 6 bulan, akhirnya aku mendapat hasil yang berbaloi... aku berjaya menggenggam segulung ijazah sarjana dalam bidang pentadbiran awam... ya.. UUM akan mengadakan konvokesyen, sidang kedua bermula 3 oktober hingga 5 oktober 2009....
Tapi aku fikir, aku dapat skrol ni pun kira terbelakang nak dibandingkan dengan sahabat-sahabat kita yang buat full time master dah ikuti konvo masing-masing... dan adapun sahabat kita ni tengah ngaji Ph. D... alhamdulillah....
sahabat-sahabat, doakan untukku agar aku diberikan kekuatan bagi melanjutkan serta menghabiskan pengajian dalam PhD nanti, insyaAllah....
Rabu, 23 September 2009
Perang Saraf sudah bermula...
Pada peluang ini juga saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Hairin, suaminya Nizam dan anak mereka berdua Muaz yang comel kerana sudi singgah beraya ke rumah ana pada kelmarin... rupa-rupanya bila ana bersembang ngan husbandnya... si Nizam tu rupanya classmate sewaktu tadika sehinggalah darjah satu.... sampai darjah satu tu pasalnya husband Hairin tu berpindah ikut family ke Lembah Kelang... tapi ye la... mana nak ingat classmate pada tahun pertama.. jika sekelas sampai darjah enam, insyaAllah ana masih boleh ingat lagi...
Pagi tadi, sewaktu membelek surat khabar kat pejabat... ada satu isu yang menarik perhatian ana... berkaitan dengan kelewatan pembayaran bonus oleh kerajaan Perak kepada siak dan bilal masjid-masjid negeri Perak.... isunya apabila terdapat sebahagian bilal dan siak masih belum dapat bonus tersebut walaupun hari raya telah berlalu.... dan yang menjawab terhadap isu ini ialah Pengarah JAIPk iaitu Dato Sheikh Mohamah Nor Mansor merangkap juga Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk.... dia tu bos ana dlm institusi MAIPk....
Apabila melihat statement dia dlm suratkhabar hari ni tidak menampakkan unsur-unsur kepolitikan... tetapi sudah menampakkan bahawa dia telah diserang oleh pihak-pihak tertentu yang sedang menerepong jawatan Pengarah JAIPk dan CEO MAIPk... kedua-dua jawatan ini berkuasa apabila dikaitkan dengan institusi agama di Perak selain daripada Jabatan Mufti dan yang lain-lain.... Tetapi apabila ana melihat Buletin Utama TV3 mlm td... skrip yang dibacakan oleh pengulas menunjukkan bahawa isu ini merupakan satu isu sabotaj terhadap kerajaan Perak oleh JAIPk yang dikepalai oleh Pengarah JAIPk... bahkan hipotesis ini diperkuatkan dengan skrip pengulas yang menyebut bahawa Pengarah JAIPk merupakan bekas calon Pas bertanding dalam Parlimen Parit pada tahun 1980-an...
ANa tidak berminat hendak mengulas secara detail prosedur perjalanan kewangan bonus itu drp kerajaan negeri sehinggalah ke akaun masjid kerana setiap prosedur dan tatacara perlu diperhalusi dengan sebaik-baiknya... Bayangkan kita raya pada 20hb september... waran kewangan dikeluarkan pada 9hb september... selama 11 hari digunakan untuk meneliti, menyiasat, mengumpul maklumat dan sebagainya mengenai bilal dan siak dalam negeri perak.. hampir terdapat 700 buah masjid dalam negeri perak... jd... proses untuk selesaikannya, anda semua boleh fikirkan dengan sendiri la...
Apa yang boleh disimpulkan secara ringkasnya... isu ini merupakan siri-siri permulaan perang saraf :-
i. untuk menjatuhkan imej dan kewibawaan Dato Sheikh (seorang tokoh ulama) sebagai pengarah jaipk dan ceo maipk... ii. pada masa yang sama memberi signal kepada individu yang melantiknya bahawa dato' sheikh merupakan individu yang bermasalah dan tiada kebolehan dalam mengendalikan organisasi...
iii. untuk merampas kerusi dan kuasa pengarah Jaipk dan ceo maipk bagi memenuhi kepentingan-kepentingan peribadi mereka....
Mereka ingat mereka merancang dan menang dalam perancangan mereka... tetapi Allah juga merancang dan Allah sebaik-baik perancang.... Allah bersama dengan orang yang sabar....
Bos, doaku untuk mu selalu kutitipkan agar bos memperolehi kekuatan menghadapi mehnah dan tribulasi dalam perjuangan....
Sabtu, 19 September 2009
Masak Lemang untuk Raya 1430H...
Hari ini hari sabtu.. bersamaan 29 Ramadhan 1430 / 19 September 2009... hari cuti pada sebahagian besar umat Islam... dan digunakan untuk menyediakan keperluan hari raya sama ada keluar pergi membeli belah, membuat kuih-muih, menghiasi rumah termasuklah ana n family seperti biasa tiap-tiap tahun masak lemang.
Lemang bagi family ana merupakan juadah wajib bagi hari raya sama 'idilfitri atau idiladha... tiap-tiap tahun kami masak bersama saudara mara... jika ramai saudara mara yang join skali... lebih 2 gantang pulut kami masak... untuk buluh... kami ambil daripada tanah tok.... tanah tok kami banyak pokok buluh... tapi kadang2 seminggu sebelum raya... ramaile pencuri yang mencuri batang buluh...
pulut, kami beli pulut siam punya... abang ipar ana keje di perlis, dipesan oleh emak untuk beli pulut siam... baik punya.... santan kami perah daripada buah kelapa, tok punya juga pokok kelapa tu... untuk kayu api, yang baik daripada pokok getah, kome kena gunakan batang pokok rambutan... baranya tahan lama....
jika adik beradik ramai... masing-masing ada specialist dalam buat lemang ni... bab cari daun pisang, itu bhg ana... bab masuk daun pisang dalam buluh... abang ana yg sulung.... bab pulut dan juga santan, adik beradik perempuan ana yang uruskan.... bab jaga api, abang ana no. 2 yg jaga... ana dan beradik laki ana yang lain tolong jaga api dan juga tukang pusing buluh lemang agar bila masak, ia rata....
masak lemang ni perlukan kesabaran yang tinggi daripada mengumpul buluh lemang sehinggalah selesai masak... terutama menjaga lemang ketika api sedang marak... jika pandai jaga api, lemang boleh masak dalam tempoh 2 jam je... masak daripada bahagian bawah sehinggalah ke bahagian atas...
tak sabar rasanya nak menunggu buka puasa hari ini untuk makan lemang yang sudah dimasak tengahari tadi...
Berbuka Puasa bersama Orang Asli Pos Raya..!?
Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Alhamdulillah, bulan Ramadhan sudah sampai ke penghujungnya, bulan Syawal bakal menjelma... Bagi orang mukmin, mereka akan menangisi pemergian bulan Ramadhan... dan berdoa kepada ALlah agar mereka dapat bertemu lagi bulan Ramadhan pada tahun hadapan.....
Baru-baru ni, teman ada peluang berbuka puasa dengan masyarakat orang Asli di kawasan Pos Raya, Simpang Pulai... majlis ini dibuat di sebuah sekolah rendah Pos Raya... perjalanan dari Simpang Pulai ke tempat ini mengambil masa lebih kurang 15 minit.... majlis ini diadakan untuk menyampaikan sumbangan hari raya dalam bentuk keperluan rumah serta duit raya... majlisnye simple aje.... tazkirah oleh pegawai tadbir agama dan penyampaian sumbangan hari raya... pos raya ini dijaga oleh seorang muballigh JAIPk... lebih kurang terdapat 15 keluarga yang memeluk agama Islam dan terlibat dengan majlis ini...
Gambar di atas merupakan sesi tazkirah disampaikan oleh seorang muballigh selepas solat maghrib... jgn kome semua ingat tazkirah itu disampaikan dalam Bahasa Melayu, tetapi telah disampaikan dalam masyarakat orang Asli kawasan itu.. memang ana respect pentazkirah itu kerana dia memang asal daripada keluarga orang asli dan sehingga kini telah berkhidmat sebagai muballigh JAIPk....
Sebahagian besar masyarakat orang asli terutama generasi muda boleh membaca ayat-ayat al-quran dengan baik... mereka boleh melaksanakan solat.... berzikir sepertimana kita orang biasa... ini semua jasa dan pengorbanan yang dicurahkan oleh muballigh kita dari dulu sehinggalah kini... mudah-mudahan Allah memberikan kekuatan spiritual dan mental kepada mereka untuk meneruskan kerja-kerja dakwah.. bukan mudah hendak membentuk dan menukar mentaliti dan budaya kehidupan masyarakat orang Asli..
Ana balik selepas mendengar tazkirah itu... Tidak tunggu sampai solat tarawikh.... Ada kerja yang perlu dibuat....
Rabu, 9 September 2009
10 Malam Terakhir Ramadhan....!
Hari ini merupakan hari yang ke-19 bulan Ramadhan... dan malam ini merupakan malam ke-20 Ramadhan... kini tibalah kita ke saat-saat penghujung Ramadhan... 10 hari di mana Allah menjanjikan satu malam di antaranya yang sangat diberkati.... beribadah padanya nilai ganjarannya melebihi ibadah selama 1000 bulan... masyaAllah..
Persoalan untuk diri kita sendiri... adakah kita bersedia dengan pecutan terakhir ini... adakah kita mempunyai stamina bagi mengekalkan momentum ini agar kita dapat menemui impian kita...
moga-moga saya dan anda sekalian diberikan kekuatan oleh ALlah SWT untuk menemui satu malam yang disebut sebagai Lailatul Qadar... insyaAllah....
Ahad, 23 Ogos 2009
Pantun, Seloka Sempena Bulan Ramadhan
Sempena dengan bulan Ramadhan al-Mubarak ini, teman nak berkongsi pantun, seloka yang teman terima daripada kengkawan sekalian... :
Syaaban bakal melabuhkan tirainya
Disambut pula ketibaan Ramadhan al-Mubarak
hayatilah keindahan dan kemuliaan bulan Ramadhan dengan seikhlasnya
hiasilah Ramadhan dengan tasbih dan zikrullah
Sedekahkan buat insan-insan yang pergi mendahului kita
Sebelum tangan dilipat mengadap kiblat,
sebelum badan terbujur menuju ke pintu kubur
demi menyongsong marhaban ya Ramadhan
ku jabat tangan dengan kerendahan hati
Jangan lupa renew lesen mulut dan cukai kesabaran, serviskan hati,
kawal kadar pencemaran mata dan telinga,
peliharalah enjin perut, anda mungkin salah seorang pemenang
Anugerah Malam Lailatul Qadar 1430H,
ayuh, perbanyakkan ibadah dan beramal jariah dalam bulan Ramadhan ini,
Tuah anda siapa yang tahu..
Sabtu, 18 Julai 2009
Pembangunan Asnaf Fakir dan Miskin; Suatu Pandangan
Ramai di kalangan masyarakat masih tidak memahami apa yang dikatakan fakir dan miskin. Kedua-dua kelompok ini banyak disebut di dalam al-Quran. Fakir menurut perbincangan para ulama ialah seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50% daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya. Sebagai contoh, jika RM10 diperlukan bagi memenuhi keperluan asasi harian, maka pendapatan dia hanya mencapai RM5 sehari dan tidak lebih daripada itu.
Miskin pula disebut seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung keperluan orang-orang tanggungannya. Sebagai contoh, dia mempunyai pendapatan tidak melebihi RM10 dan tidak kurang daripada RM5.
Kelompok fakir dan miskin ini tidak selama-lamanya berada dalam keadaan yang sama. Mereka boleh berubah keluar daripada kepompong kefakiran dan kemiskinan, dengan syarat beberapa tindakan perlu dilaksanakan bersama. Bukan sekadar tindakan dilakukan oleh individu fakir itu, bahkan pihak pemerintah perlu juga menyediakan sokongan dan prasarana bagi membantu kelompok-kelompok ini.
Untuk melihat kumpulan fakir dan miskin ini dapat mengeluarkan diri mereka daripada kelompok, terdapat beberapa tindakan yang perlu dilakukan oleh mereka sendiri. Pertama ialah mereka perlu mempunyai keazaman yang kuat untuk mengubah keadaan mereka menjadi golongan yang berpendapatan tinggi. Ini kerana dengan keazaman yang kuat akan mendorong diri mereka bekerja dengan lebih gigih dan tekun lagi. Sebagaimana firman Allah surah Ar-Ra’du, ayat yang ke-11 yang bermaksud “….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….”. Mereka berazam untuk melipatgandakan pencarian rezeki, berazam untuk tidak cepat putus asa, berazam untuk mencari rezeki yang halal, berazam tidak menipu ketika bekerja dan sebagainya. Yang penting adalah faktor keazaman.
Faktor kedua yang perlu dimiliki ialah sikap bekerja dengan gigih. Ini kerana untuk mendapat rezeki bukan dengan jalan yang mudah dan senang. Semuanya dengan kerja yang gigih. Untuk mendapat beras memerlukan tempoh yang lama bagi pokok padi untuk masak. Untuk membina sebuah tempat tinggal yang selesa memerlukan usaha yang gigih. Sikap bekerja dengan gigih memberi kegembiraan kepada pihak pekerja dan pihak majikan. Kedua-dua pihak akan mendapat faedah bersama. Justeru, faktor bekerja dengan gigih diperlukan bagi setiap individu yang fakir dan miskin bagi mengubah nasib dan status kehidupan mereka.
Pihak pemerintah juga tidak terlepas daripada tanggungjawab untuk membantu kelompok fakir dan miskin ini. Pertama, pihak kerajaan perlu menyediakan program pembangunan insan yang berkala dan berterusan kepada kelompok fakir dan miskin ini. Program-program yang akan diadakan ini dapat memberikan peluang dan kaedah yang pelbagai kepada pihak asnaf agar mereka dapat merancang perjalanan kehidupan mereka. Program yang dilaksanakan ini bukan sekadar membincangkan mengenai peluang ekonomi dan pasaran, bahkan juga perlu diisi dengan modul-modul agama yang memberi penekanan terhadap aspek spiritual dan mental. Kesan daripada penerusan program pembangunan insan ini akan dapat memupuk dan membentuk setiap jiwa-jiwa individu ini ke arah yang lebih baik ditambah lagi dengan maklumat semasa mengenai peluang ekonomi.
Tindakan kedua yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan bagi membantu golongan ini adalah dengan menyediakan prasarana dan kemudahan kepada kelompok fakir dan miskin. Prasarana dan kemudahan ini boleh menjadi bentuk sokongan yang kuat kepada kelompok ini. Sebagai contohnya, jika ada di kalangan mereka ingin memulakan perniagaan atau menjadi usahawan, pihak kerajaan boleh menyediakan dana atau kemudahan untuk berniaga. Pada peringkat awal pelaksanaan perniagaan kecil dan sederhana, mereka mendapat sokongan yang kuat dan seterusnya dapat berdikari pada masa mendatang.
Pihak kerajaan juga boleh menyediakan peluang pekerjaan dalam sektor awam kepada anak-anak keluarga kelompok ini berdasarkan kepada tahap pendidikan masing-masing. Dengan tindakan sebegini, anak-anak daripada kelompok ini akan mempunyai pekerjaan yang baik dan terjamin dan akhirnya akan membuka ruang kepada diri dan keluarga mereka daripada kelompok kemiskinan. Dalam perkara ini, pihak kerajaan boleh mewujudkan dasar dan polisi berdasarkan kemampuan dan keupayaan agar program pengurangan kelompok fakir dan miskin dapat dilaksanakan dengan jayanya. Keutamaan hendaklah diberikan kepada anak-anak fakir dan miskin dalam bidang pekerjaan sektor awam.
Menjadi harapan melihat umat Islam dapat membebaskan diri dan keluarga mereka daripada belenggu kemiskinan. Ini kerana sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi SAW yang bermaksud bahawa kemiskinan itu hampir dengan kekufuran. Justeru itu, untuk mengelakkan diri dan keluarga mereka daripada terjerumus dengan kekufuran, hendaklah kelompok ini berusaha dengan bersungguh-sungguh dibantu dengan pihak kerajaan bagi mengubah kehidupan mereka ke arah yang lebih baik.
(artikel ini ditulis sebagai latihan dalam suatu kursus teman di ILIM pada hari Isnin hingga hari Khamis yang lepas dan berlaku beberapa penambahbaikan selepas itu)
Jumaat, 3 Julai 2009
Artikel... artikel... artikel...
Untuk pengetahuan pembaca sekalian, cerita pawagam the transformers yang sedang ditayangkan sesuai untuk membina imaginasi... teman dah tengok cerita transformers ni... selamat menonton...
Jumaat, 12 Jun 2009
Hadis Pilihan hari ini...
وعن أبي هريرة – رضي الله عنه – قال : قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم - : ( ثلاثة لا يكلمهم الله يوم القيامة ولا ينظر إليهم ولا يزكيهم , ولهم عذاب أليم : رجل على فضل ماء بالفلاة, يمنعه من ابن السبيل , ورجل بايع رجلا بسلعة بعد العصر، فحلف له بالله لأخذها بكذا وكذا فصدقه ، وهو على غير ذلك، ورجل بايع إماما لا يبايعه إلا للدنيا، فإن أعطاه منها وفى ، وإن لم يعطه منها لم يف ) متفق عليه .
Yang bermaksud : Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : “Tiga orang Allah tidak akan bercakap-cakap dengannya pada hari kiamat kelak. Malah Allah tidak akan menoleh (memandang) kepadanya, Allah tidak akan menyucikan dirinya (daripada dosanya). Sebaliknya disediakan untuknya seksa yang sangat pedih. Pertama; orang yang mempunyai bekalan air yang banyak di suatu kawasan lapang atau sahara tapi aia enggan untuk memberi minum para musafir (yang kehabisan bekalan minuman). Kedua; orang yang menawar untuk membeli barangan selepas Asar dengan bersumpah atas nama Allah, bahawa dia akan membeli atau mengambil barang itu dengan harga tertentu. Janjinya itu dipercayai benar oleh penjual, padahal dia sebenarnya langsung tidak berniat untuk membelinya. Ketiga; orang membaiah pemimpin (mengundi dan memilih pemimpin) semata-mata kerana perhitungan keduniaan (kebendaan). Kalau orang yang dipilihnya itu memberikan janji habuannya, maka barulah dia akan menunaikan kewajipannya. Kalau tidak, ia akan bersikap enggan (atau ingkar).” (Hadis Muttafaqun ‘alaihi)
Sabtu, 6 Jun 2009
Sebab Mak dan Ayah Meninggal...?!
Mak dan Ayah Meninggal boleh menyebabkan anak-anaknya tidak mahu belajar
Ada satu kes permohonan bantuan segera iaitu kecemasan di mana terdapat seorang pemohon datang ke pejabat memohon bantuan kecemasan. Beliau memberi sebab beliau memerlukan bantuan segera kerana seorang anaknya berada di dalam wad komeoterapi di HKL dan setiap minggu menjalani rawatan. Bininya menjaga anaknya itu...
Pada masa yang sama, beliau menunjukkan surat doktor dari HKL seperti yang diminta oleh teman bagi membuktikan apa yang beliau kata adalah benar... Sembang punye sembang.. teman pun koreklah pasal keadaan beliau kini dan masa lampaunya.. Pemohon ini sekarang bekerja kampung dengan pendapatan RM400 - RM500 sebulan.. Teman tanya lagi... anak-anak dia duduk di mana sedangkan dia sibuk bekerja dan melawat anaknya di HKL.. Dia kata.. oleh kerana keadaan kewangan tidak mencukupi, 4 orang anaknya dijaga oleh adik beradiknya yang lain di Teluk Intan disebabkan kekurangan kewangannya...
Teman tak puas hati lagi, selalunya jarang juga serahkan kesemua anak-anak pada orang lain jika tidak cukup duit, seorang dua boleh gagah lagi la... rupa-rupanya pemohon ini hanya bersekolah sampai darjah satu sahaja... Aduh... teman pun tanya sebab apa bersekolah sampai darjah 1, kerana duit ke atau sebab lain.. dia kata.. kerana emak dan ayahnya meninggal.. menyebabkan dia tidak bersekolah.. teman pun tidak menafikan kata-kata dia sebab teman pun ada jumpa satu keluarga sekarang, terdapat seorang budak tidak bersekolah kerana faktor emaknya meninggal...
Bila teman dengor kata-kata dia gitu.. teman pun bertazkirah la pada dia... sampaikan teman tanya pada dia.... "mike, 10 - 3 berapa?".. dia senyap dan senyum lalu menggeleng kepala dia... "Abistu, mcm mana kamu beli barang dan kamu terima baki duit tu?" teman tambah lagi... dia kate ape... "saya masuk poket je baki duit tu encik"... teman nak marah ade... nak gelak pun ade... tapi inilah realiti yang berlaku betul-betul depan ana... "masyaAllah"... teman pun sambung sikit lagi tazkirah pada dia.... dlm hati turut simpati gak kerana inilah kesan jika tiada ilmu.. sukar untuk mendapat kehidupan yang baik.. mudah-mudahan dia dan keluarganya diberkati dan dimurahkan rezeki...
teman pun bantula dia juga dengan sejumlah wang peruntukan zakat... mudah-mudahan dia sedar dan berusaha.... chaiyok.....
jadi, sebelum ini pun ana ingin membuat kajian tidak rasmi mengenai tingkahlaku, keadaan, situasi dan apa-apala terhadap golongan fakir dan miskin termasuklah muallaf.. jadi, jika ada mana2 pihak yang berminat ingin membuat kerjasama dgn ana atau Baitulmal, dipersilakan... ilal liqa'...
Kenduri Walimah Nasior....
Assalamualaikum dan salam sejahtera... dah agak lama teman tak menulis minggu ni.. minta maaf.. ada beberapa perkara yang nak ditulis.. tetapi kehendak kerja perlu dipenuhi menyebabkan teman tidak ada masa untuk menulis..
Untuk posting kali ini, teman nak bercerita sedikit pada kenduri walimah sahabat senegeri teman.. apa lagi namanya Mohd Nasir Sulaiman.. org peghak panggil nasior... bila bersembang ngan kengkawan.. memang sebutannya pekat ngan style org peghak...
Alhamdulillah, pada hari ini (6/5/09) diadakan kenduri walimah dia di rumahnya di Lekir... jika dari rumah teman, memang jauh gak, hampir 90km... jadi sepertimana yang kome lihat, YB Nga Kor Ming dijemput oleh keluarganya datang dan makan semeja ngan Nasior.. bertuahla yob...
Memang teman kata, kenduri Nasior hari ini mcm konsep 1One Malaysia yang Najib warwarkan... org cina, india datang ke kendurinya... nasib baik takde org Iban dan Kadazau dalam kawasan perumahannya.. tidak lagi hebat lagi kendurinya...
Apapun tahniah teman ucapkan pada yob Nasior di atas kenduri dan perkahwinannya... Dengor-dengor, Nasior kena tunggu 2 tahun lagi barula bininya dapat posting dekat dengan husbandnya.... hee..hee..hee. sabor je la Nasior... jumpa lagi... ilal liqa'....
Selasa, 26 Mei 2009
Kaunter MAIPk....?!
Assalamualaikum dan salam perpaduan.... semoga anda para pengeblog serta pembaca sekalian sentiasa senyum dan sihat sokmo...
Alhamdulillah, teman hari ini nak berkongsi dengan kalian semua... Hari ini (26/5/2009) jadual teman agak padat sikit kerana beberapa perkara perlu dibereskan...
Pada hari ini, di sebelah pagi, Daerah Kinta, tempat teman keje, diadakan satu program iaitu Hari Bertemu Pelanggan Peringkat Daerah Kinta... program ini dihadiri oleh menteri besar Peghak Dato' Seri Zambeghi dan barisan exconya....
Apa yang teman nak berkongsi, alhamdulillah, program ini, jabatan teman membuka kaunter kepada pihak awam bagi sebarang aduan dan pertanyaan.... sebaik kami buka kaunter saja, banyak pertanyaan dan persoalan tentang kutipan dan pengiraan zakat disoal oleh pihak awam, terutamanya pihak penjawat awam.... kami yang menjaga kaunter, lebih kurang ada 4 orang termasuklah ibu pejabat berjaya melayan client dengan sebaiknya...
Keadaan dan perilaku client ini telah memberikan suatu gambaran yang baru kepada ana bahawa mereka masih dahagakan maklumat dan pengetahuan mengenai zakat... ana rasa bersalah dan mengharapkan agar Allah memberi kelapangan dan kekuatan kepada ana untuk menyampaikan maklumat mengenai pengiraan zakat... agar mereka yang mencukupi syarat2nya dapat mengeluarkan zakat dengan yakin... insyaAllah...
jumpa lagi... Assalamualaikum wbt....
Isnin, 25 Mei 2009
Pengumuman Kahwin...?!
pertamanya, dalam peluang ini, ana minta maaf banyak-banyak daripada Us Ramadhan di atas segala silap dan kesalahan ana sepanjang nta menjadi ketua kepada ana... begitu juga kepada bonda... harap kalian berdua maafkan ana...
keduanya, ana nak mengambil peluang ini untuk membuat satu pengumuman yang penting...
InsyaAllah, jika tiada aral melintang, angin lintang tetap diredah, ombak badai ganas tiada kasihan, panas terik tetap mencucuk-cucuk, maka tuan puan sekalian dijemput untuk hadir ke satu majlis perkahwinan di antara Dr. Fadzil imatch dengan bakal pasangannya pada 7 Jun 2009 di no. 9, jln perdana timur, pinji perdana, Lahat Perak (dekat dengan rumah ana je)....
ana menjadi wakil kepada dia untuk menjemput kalian semua... nak tau map atau jalan nak pi rumahnya, boleh call ana atau no. dia.. 019-4448853
(poji, jangan tak pegi, bukannye jauh dari rumah mike...)
sapa2 yg turun waktu tersebut, bolehla pastu kita berkelah di Lata Kinjang, Tapah.. poji jadi ketuanya...
Rabu, 20 Mei 2009
Radio Perak FM..
apa khabar teman semua...? semoga anda semua sihat dan senyum sokmo... ada masalah senyum... waktu senang pun senyum sokmo...
sekadar nak share dgn teman-teman... insyaAllah, jika tiada apa masalah, teman akan keluar di radio Perak FM secara langsung pada hari Jumaat minggu ini jam 12.30 tengahari... apa lagi, dengorla ape teman nak bercerita nanti... tunggu depan radio.... ok.. sayonara...
Isnin, 11 Mei 2009
Selamat Hari Jadi....
Piknik di Lata Kinjang....
assalamualaikum dan salam sejahtera... bertemu kita kembali, mudah-mudahan hidup kita sentiasa ceria dan dirahmati ALlah selalu... hari ini (11/5/2009) teman mengambil cuti rehat... saja je.. nak rehat minda dan fizikal daripada kerja-kerja pejabat....
alhamdulillah, semalam, teman dan beberapa sahabat iaitu muzammil, fauzi dan teman serumahnya(kami panggil hj je)... pi berpiknik di Lata Kinjang, Tapah.... berkumpul di rumah poji pada pukul 10 pagi dan singgah di pekan Tapah untuk membeli beberapa barang yang belum lagi dibeli...
seterusnya kami terus ke Lata Kinjang... menurut kata poji, pada hujung minggu, waktu pagi ni belum ramai yang datang... orang ramai akan datang selepas waktu zohor.... jadi, tuan puan jangan terkejutla.. bila sampai kat Lata Kinjang nanti kena sediakan duit RM1.00 untuk parking... dikumpul oleh pengurusan Lata Kinjang... waktu kami sampai, ada parking kosong.... teman bawa roti ngan sardin, muzammil bawak sos cili, daging hotdog dan ais, poji dan housematenya sediakan air, daging burger dan arang... untuk apa arang... biasale... untuk panggang daging hotdog dan bege la...
bila kami sampai, kami tengok kawasan kolam di sebelah bawah sekali sudah penuh dengan orang ramai... lalu kami congak untuk cari kawasan di sekitar pertengahan air terjun... lalu, kami dapat jumpa satu tempat di sebelah tengah dan hampir dengan air terjun... jadi, mula-mula kami tak mandi dulu.. kami layan perut la... buat bara arang, panggang hotdog dan bege dan santap dulu untuk first round... dah isi perut, baru kami terjun ke dalam sungai untuk mandi... peghhh... terasa hilang kepenatan akibat keje2 di pejabat.... inilah kelebihannya jika kita dapat bergabung dengan alam semulajadi... ciptaan Allah... terus terang teman sebut, dalam tempoh 27 tahun teman duk kat Perak ni... inila kali pertama teman sampai kat Lata Kinjang... sebelum ni teman dengor cerita lata kinjang ni daripada kawan-kawan disamping tengok dari jauh bila ikut highway balik ke Ipoh daripada Tapah....
dah mandi lebih kurang 45 minit, sebahagian daripada kami naik ke tempat lepak, dan panggang semula baki daging bege dan hotdog... ditambah pula dengan roti gardenia dan sardin melengkapkan lagi menu simple kami.. biasale... orang bujang.... kalau piknik org keluarga lain sikit.... hee..hee..hee..
akhirnya, kami tamatkan piknik kami di Lata Kinjang lebih kurang pukul 2.00 petang.. lebih kurang 3 jam kami berada di sana... mudah-mudahan dengan seribu macam kejadian Tuhan di sana dapat menenangkan sejuta keresahan yang bersarang dalam minda dan kalbu kami... Ya Allah, ampunkanlah dosa kami dan dosa-dosa pengunjung yang lain sekiranya kami buat banyak kesalahan sepanjang kami berada di Lata Kinjang... amin....
ajak Basidh, dia balik JB, jengok bininya yang tengah sarat mengandung, ajak Hanif, dia ada meeting di Kedah, ajak Dr. Fadhil, dia halfday keje di Hospital Manjung, ajak us hamdi n family, dia ada planning pi shopping dengan familinya... bior ajela deme ngan aktiviti deme....
apapun, teman mengucapkan ribuan terima kasih kepada hj, poji dan muzammil kerana komit dengan piknik ni... insyaAllah di lain waktu dan masa, kita buat lagi.... akan datang kita panggil ramai sikit... ok...
Selasa, 5 Mei 2009
Book Review of Administratrive Behavior by Herbert A. Simon
Book Review of Administratrive Behavior by Herbert A. Simon
Buku ini yang ditulis oleh Herbert A. Simon, pemenang anugerah keamanan Nobel telah mengemukakan suatu bentuk sains pentadbiran dalam konteks organisasi dan kemanusiaan. Buku ini mengemukakan dua bentuk bahagian di mana bahagian pertama mengemukakan teks asal buku ini manakala bahagian kedua, Simon memberi komentar pada setiap bab berkaitan pembangunan moden dalam teori ekonomi dan organisasi. Dalam muka
Niat Simon adalah untuk membuat sumbangan dalam bentuk metodologi. Sebagaimana yang beliau sebut dalam pendahuluan bagi edisi pertama, beliau menyebutkan tiada “adequate linguistic and conceptual tools for realistically and significantly describing even a simple administrative organization – describing it, that is, in a way that will provide the basis for scientific analysis of the effectiveness of its structure and operation” (ms xi). Untuk menampung kelemahan tersebut adalah dengan penulisan ini yang disediakan oleh Simon.
Buku ini terbahagi kepada 11 bab, memberi perhatian kepada isu-isu konsep (bab 2 dan 3), pembinaan teori (bab 4 dan 5), motivasi (bab 6), proses organisasi yang spesifik (bab 7 hingga 10) dan aplikasi terhadap struktur organisasi (bab 11). Wujud dalam semua bab itu pandangan Simon mengenai pembuatan keputusan yang masih belum dikatakan rasional kerana pembuatan keputusan yang rasional perlu melibatkan spesifikasi yang sempurna mengenai kemungkinan inputnya yang bergantung kepada kebarangkalian tindakan yang diambil yang paling terbaik. Inilah pandangan yang terbaik oleh seorang manusia untuk mengetengahkan serta menjawab persoalan kerasionalan tersebut. Justeru itu, di dalam buku Administrative Behavior, beliau berhujah bahawa teori pentadbiran mesti berkaitan dengan batasan kerasionalan (limits of rationality), dan tingkahlaku organisasi yang memberi kesan terhadap batasan tersebut. Simon berhujah bahawa organisasi membenarkan untuk membuat keputusan berdasarkan nilai fakta di mana mereka menetapkan dengan suatu set alternatif yang boleh dipertimbangkan. Organisasi boleh diperbaiki dengan memperbaiki kaedah di mana batasan itu dapat didefinisi dan dikenakan.
Dalam pengenalan bab kedua buku ini, diketengahkan suatu analisa tentang prinsip-prinsip pentadbiran yang dijumpai di dalam karya terdahulu. Iaitu mengenai teori pentadbiran dengan satu pandangan untuk menunjukkan ketidakcekapan dan keperluan mereka terhadap pembangunan prinsip-prinsip tersebut yang disediakan oleh Simon. Sebagai contoh, dia menarik perhatian terhadap konflik di antara aspek prinsip kesatuan arahan dengan aspek pengkususan, dengan suatu pemerhatian di mana terdapat banyak sokongan terhadap kesatuan arahan, dalam praktikal yang sebenarnya, keperluan terhadap aspek pengkhususan adalah lebih besar daripada keperluan terhadap aspek kesatuan arahan.
Dalam bab kedua ini juga, Simon membangkitkan mengenai apa sebenarnya yang dikatakan sebagai kriteria bagi menerang dan mendiagnoskan situasi pentadbiran. Untuk ini, Simon telah menegaskan bahawa perkara ini merupakan urusan untuk penyelidikan yang empirik. Kegagalan pada penggubal teori ialah mereka tidak melakukan penyelidikan yang empirik yang akan menjelaskan keadaan yang konkrit mengenai pelbagai kriteria. Terdapat dua syarat yang perlu bagi penyelidikan yang empirik untuk menukar pepatah teori kepada analisis saintifik sebagaimana yang disebut oleh Simon di dalam muka
“First, it is necessary that the objectives of the adminsitrative organization under study be defined in concrete terms so that results, expressed in terms of these objectives, may be accurately measured. Second, it is necessary that sufficient experimental control be exercised to make possible the isolation of the particular effect under study from other disturbing factors that might be operating on the organization at the same time.”
Simon tidak mempertimbangkan kenapa adanya kekurangan yang luarbiasa. Sebab pertama, kebarangkalian, suatu organisasi terutamanya organisasi awam tidak mempunyai matlamat yang menghasilkan kriteria yang tidak jelas. Kadang-kadang kewujudan objektif organisasi sebagai kenyataan am yang kabur. Sebagaimana yang diperhatikan oleh Simon dalam muka
Dalam bab kelima, Simon ada menyebut “the central concern of administrative theory is with the boundary between the rational and the nonrational aspects of human social behavior” (ms 118). Dia mendefinisikan bahawa prinsip batasan kerasionalan seperti berikut; “the capacity of the human mind or formulating and solving complex problems is very small compared with the size of the problems whose solution is required for objectively rational behavior in the real word”. Tambahan pula, beliau telah menggantikan peningkatan pilihan matlamat dengan kepuasan matlamat. Ini bertentangan dengan bidang ekonomi di mana agen ekonomi yang rasional selalunya boleh memaksimumkan pilihan. Dengan pandangan kepuasan ini, pilihan masalah di bawah batasan kerasionalan memerlukan analisis psikologi yang teliti.
Simon juga telah mendefinisikan organisasi sebagai “complex pattern of communication and relationships in a group of human beings”. Bentuk ini menyediakan setiap ahli pelbagai maklumat dan banyak tanggapan, matlamat dan kelakuan yang berkaitan dengan keputusannya, serta menyediakan mereka satu set kestabilan keyakinan tentang apa yang dilakukan oleh ahli kumpulan yang lain dan bagaimana mereka akan bertindakbalas kepada apa yang ahli tersebut cakap dan bertindak. Bentuk sebegitu boleh berubah sekiranya kepercayaan dan kelakuannya diubahsuai oleh perubahan di dalam aliran komunikasi. Simon juga menunjukkan bahawa “organization is important…because, by structuring communications, it determines the environment of information in which decisions are take”. Tidak sukar untuk melihat akan kepentingan komunikasi dalam suatu organisasi di mana ia digambarkan lebih penting daripada koordinasi. Maklumat atau peranan strategik komunikasi tidak boleh diremehkan terutamanya apabila kita mengambil organisasi sebagai satu sistem pembuatan keputusan dalam permainan yang memerlukan aspek kerjasama, dimana kita ketahui bahawa orang lain mengharapkan kita untuk berfikir sangat penting daripada permainan yang kompetitif.
Secara umumnya, Simon telah menjelas dan menerangkan di dalam tesisnya, dengan perhatian terhadap perkara seperti peranan yang dimainkan oleh nilai dan fakta dalam keputusan pentadbiran, konsep kerasionalan dalam pembuatan keputusan, perbandingan antara aspek psikologi dan logik dalam proses pilihan termasuklah kaedah-kaedah di mana suatu organisasi membentuk tingkahlaku individu, suatu keadaan keseimbangan di mana menghasilkan keputusan di mana suatu kumpulan manusia membenarkan keputusan dan tingkahlaku mereka dipengaruhi oleh bahagian mereka dalam organisasi. Di samping itu, peranan autoriti dan pengkhususan dalam organisasi, proses komunikasi, konsep kecekapan dan kesetiaan organisasi.
Buku ini telah menyediakan suatu titik permulaan bagi sains pentadbiran, sebagaimana dia membangunkan satu set konsep dan struktur untuk mendekati dan menganalisis masalah organisasi. Buku ini telah membantu memberikan beberapa idea asas mengenai pentadbiran dan mendekatkan pembaca dengan kamus pekerjaan dalam pengajian organisasi. Daripada buku ini boleh dibuat kajian seterusnya mengenai teknik atau metodologi untuk mengukur kejayaan prinsip-prinsip pentadbiran seperti jarak kawalan, pengkhususan, kesatuan arahan dan sebagainya.
Ahad, 26 April 2009
Kembara Zakat MAIPk 2009
Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Didoakan kepada semua umat Islam sentiasa sihat dan mendapat hidayah daripada ALlah SWT... Dipohon jua agar Allah jauhkan bala ke atas umat Islam negeri Perak kerana kelangsungannya konsert Jom Heboh di Lumut...
Isu Jom Heboh ini perlu diperhalusi dan difahami oleh kita semua... Yang bagusnya kerana karnival Jom Heboh tempat untuk bersantai sama ada remaja ataupun keluarga... yang tidak bagusnya adalah konsert Jom Heboh, dihidangkan dengan lagu-lagu yang melalaikan... bahkan tempat penonton bercampur baur antara lelaki dan perempuan...
Apa yang teman nak cerita... insyaAllah MAIPk akan menganjurkan Kembara Zakat 2009 yang diadakan pada 28 sehinggalah 30 APril 2009, bermula daripada Ipoh untuk perasmian program, seterusnya menuju ke Kuala Kangsar dan berakhir di Pengkalan Hulu... Gambar yang di atas sekali adalah sticker kereta manakala gambar kedua itu adalah banner untuk dipasang di daerah yang berkenaan... lawa kan...
Antara objektif utama program Kembara Zakat ini adalah mendekatkan staf MAIPk dengan asnaf-asnaf. Di samping itu, program ini digunakan sebagai medium untuk pengagihan secara langsung bantuan zakat kepada asnaf yang memerlukan... asnaf-asnaf terutamanya fakir dan miskin dapat merasai bantuan zakat yang diterima seterusnya dapat merasakan bahawa mereka ini dibela oleh institusi agama...
Antara pengisian utama program ini ialah lawatan-lawatan rumah fakir miskin yang terpilih bagi setiap daerah, membersih serta mencantikkan rumah fakir miskin, melawat golongan tua yang miskin, menyampaikan bantuan persekolahan kepada pihak sekolah yang terbabit serta bersaudara dengan golongan orang Asli... yang menariknya dalam program ini, kami akan beramah mesra serta bersaudara dengan orang Asli di kawasan Grik.. mereka ini duduk di sebuah pulau kecil di seberang sungai.. jadi kami perlu menyeberang sungai Perak untuk sampai ke tempat itu... bayangkan, tempat mereka ini tiada elektrik daripada TNB, tetapi setiap rumah mereka ini dibekalkan dengan alat tenaga solar... siang hari mereka pakai tenaga solar, manakala pada waktu malam mereka memakai tenaga yang dijana menggunakan alat generator... terdapat 40 lebih keluarga dan sebahagian besar mereka ini memeluk agama Islam..
dulu waktu kat universiti tak pernah bergelut dengan orang Asli, tetapi biasa berjumpa dengan orang moden yang berperangai macam orang Asli... dulu sewaktu universiti selalu bergaul dengan lumpur dan pasir sungai yang kecil.. kali ini untuk tujuan dakwah, kena seberang sungai yang besar mengambil masa 15 minit untuk sampai ke tempat orang Asli itu...
buat teman-teman pelawat blog sekalian... doa kalian dipohon untuk memudahkan urusan dan perjalanan pergi dan balik.... insyaAllah, jika ada masa selepas program nanti, teman akan catatkan perjalanan kami dari bermulanya sehinggalah ke program yang terakhir.... jumpa lagi...
Selasa, 14 April 2009
RFC vs KFC
RFC merupakan singkatan kepada Radix Fried Chicken ditubuhkan oleh HPA bagi menyediakan makanan alternatif makanan segera kepada umat Islam selain KFC, McDonald dan sebagainya. RFC di Shahab, Alor Setar ini telah dilancarkan oleh MB Kedah, YAB Ustaz Azizan pada bulan Februari yang lalu.
Teman sudah merasai makanan di RFC sebanyak 3 kali. Kali pertama makan di RFC Sg. Petani tahun lepas, manakala 2 kali di Shahab. Selalunya teman pesan set ayam goreng. Teman tengok, penyediaan menu set makanannya tidak berapa juah berbeza dengan KFC. Tetapi ada makanan yang disediakan di RFC tiada di KFC dan sebaliknya.
Teman tengok RFC di Shahab ini mendapat sambutan yang hebat di kalangan masyarakat tempatan termasuklah non-muslim. Kira meja yang disediakan oleh pihak RFC di peringkat bawah dan atas semuanya penuh. Kira baguslah apabila terdapat di kalangan orang Islam boleh mengasaskan makanan segera yang halal lagi toyyiba. Kedai makan marrybrown di kawasan Shahab ni pun dah tak laku...
Cuma pandangan peribadi teman, apabila teman merasai makanan ayam goreng yang disediakan oleh RFC, teman rasele ayam goreng masakan KFC lagi sedap. Tak tau le mcm mana teman nak gambarkan tetapi set ayam goreng KFC sedap lagi berbanding dengan RFC, ditambah lagi dengan sos cili Thai....
Namun, bagi teman, kome tetapkanlah kunjungi RFC daripada KFC walaupun ada pelbagai pandangan... Nak rasa juge set ayam goreng KFC, tidak payah pergi ke KFC untuk tunjukkan sokongan kepada RFC walaupun tak berminat nak makan ayam goreng RFC.. Buat sendiri kat rumah lagi baik... Resepinya.. boleh cari kat dalam internet... Berlambak.... Selamat mencuba...
(teman tulis artikel ini sementara nak menunggu bas Transnasional ke Ipoh daripada Shahab, Alor Setar pada pukul 9.00 malam, hari Ahad 12/04/2009 setelah menghabiskan waktu petang dengan kelas master yang kian hampir tamat...)....
Isnin, 6 April 2009
Lawak Hari Ini....
1. Nombor apa yang paling orang tak suka...?
Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan...
2. Bidin tanya : "Kenapa masukkan panadol dalam kopi tu?....
Azmi jawab : " Kopi ni kan panas, bagi panadol kurang sikitla panas dia....
3. Azizi tanya pada zam : "Bila bas berenti, apa yang turun dulu...?
Zam dengan muka selambanya jawab : "hhmmmmm.... meter dia la...
Muahahahahaha....... lawak kan...
Isnin, 30 Mac 2009
Amerika Syarikat pulak...
Pagi ni teman baca suratkhabar utusan Malaysia melalui internet.... Pejabat teman beli suratkhabar berita harian... Ada suatu cerita menarik yang berlaku di Amerika Syarikat.... Boleh baca artikel tersebut seperti berikut :
Denda berseluar londeh di Amerika
FESYEN berseluar londeh sehingga menampakkan seluar dalam atau boxer mungkin tidak lagi boleh digayakan di Tennessee, Amerika Syarikat setelah satu rang undang-undang yang mengharamkan pemakaian seluar jenis itu telah diluluskan oleh jawatankuasa kecil perundangan negeri itu.
Malah, sesiapa yang didapati melanggar `Undang-undang Seluar Londeh' itu akan dikenakan denda sehingga AS$1,000 (RM3.500) dan wang tersebut akan disalurkan untuk membeli bekalan peralatan sekolah termasuk buku dan peralatan sukan.
Ekoran itu, seorang wakil Demokrat dari Memphis, Karen Camper menuduh rakan-rakan sekerjanya termasuk Joe Town yang juga wakil Demokrat Memphis, cuba menggubal undang-undang fesyen yang disifatkan akan menyebabkan remaja lebih cepat mencipta kesalahan kecil dalam sejarah hidup mereka.
“Soalan saya apakah sebenarnya hala tuju dan harapan terhadap pengubalan undang-undang ini?” tanya Camper kepada rakan-rakan Demokratnya termasuk Town.
“Ini tidak ada kena mengena dengan fesyen, sebaliknya ia berkaitan kesopanan dan kebersihan,'' tegas Town.
Undang-undang yang telah diluluskan oleh jawatankuasa kecil itu, kini telah dibawa ke Jawatankuasa Badan Kehakiman.- Agensi
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0330&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_12.htm
Sebelum ini teman tengok di Australia, ada remaja dah kena saman.. sekarang sebuah negeri dalam Amerika Syarikat sudah buat undang-undang mengenai etika dan akhlak berpakaian.... Teman dah ulas dalam artikel lepas... Jadi, Malaysia yang dipimpin oleh orang muslim dan majoritinya adalah masyarakat Islam, bila lagi nak gubal undang-undang sebegini untuk maslahah umat... terima kasih
Sabtu, 28 Mac 2009
Soalan Assignment
Jadi untuk menyempurnakan assigment itu, setiap assignment perlu menjawab 7 soalan berikut:
1. What is the main thesis statement of the book?
2. Describe the conceptual and theoretical framework utilized by the author?
3. Explain the main hypotheses generated from the framework?
4. Explain how the author tries to answer the research question?
5. The extent to which you believe the evidence presented by the author is consistent with the expectation?
6. Describe one potential flaw in the research
7. Propose one new research area from your reading...
6 buah buku yang perlu menjawab soalan2 ini ialah :
1. Democracy & the public service - Frederick C. MOsher
2. Bureaucracy - James Q. Wilson
3. Street Level Bureaucracy - Michael Lipsky
4. Administrative Behavior - Herbert Simon
5. Inside Bureaucracy - Anthony Dawns.
6. The Forest Ranger - Herbert Kaufman..
Jika tuan puan ada jawapan yang boleh membantu teman dalam menyelesaikan assignment ini sama ada dalam bentuk artikel, teks, buku, url internet dan sebagainya amat dialu-alukan... teman rasa assignment untuk subjek ini di kalangan subjek-subjek yang lain adalah yang paling tough sekali... terima kasih semua... arigato....
Dilemma membuat keputusan....
Semalam... teman mengalami dilema untuk membuat keputusan dalam membantu masyarakat... Petang semalam, pejabat teman didatangi dua kumpulan pemohon bantuan segera pada dua masa yang berlainan...
Kumpulan pertama merupakan seorang anak muda... teman tak mengajak dia masuk bilik teman... pasalnya pada fikiran teman apabila kerani tidak dapat membuat keputusan, teman fikir ini mesti geng-geng yang nak cari duit dengan mudah... jadi teman bersembangla dengan pemuda ni di kaunter.. alhamdulillah, pada waktu itu juga tiada client lain di situ..
pemuda itu menyebut, dia sakit kaki, lepas aksiden... pastu pulak kaki kanan dia cacat dan pakai kaki palsu... teman tanya, nak minta bantuan apa... pemuda tu kata... dia nak minta bantuan segera untuk bayar sewa rumah... berborak-borakla teman ngan pemuda tu... teman minta macam-macam seperti surat perubatan... surat minta sewa ke.... dll.... tetapi pemuda tu tak bawak apa dokumen yang menyokong percakapannya... jadi teman buat keputusan, teman tak bagila duit bantuan kecemasan pada dia....
maka dengan berat hati pemuda tu pun keluar daripada pejabat dengan bertongkat.... lalu bila je dia keluar daripada pintu pejabat, teman mengajak kerani teman tu mengintai kat luar... dia datang ke pejabat naik bas atau naik kenderaan lain... jadi, kami ngintai, rupa-rupanya pemuda tu datang ke pejabat naik motor... motor kriss pulak tu... yang jadi musykil pulak tu, dia start motor pakai manual la.. guna kaki kanan yang dia kata dia pakai kaki palsu.... selalunya yang berkaki palsu bila pakai motor selalu guna butang elektrik untuk startkan motor... tak taula teman... macam-macam karenah manusia ni...
kumpulan kedua yang datang memang sedih apabila dengar ceritanya... kump. kedua ini juga datang memohon bantuan segera... kump kedua ini mengandungi dua orang ibu... ala... ibu ni pun lebih kurang umurnya 40-an.... yang bawak mereka ni seorang cikgu... semoga ALlah memberkati usaha cikgu ini... cikgu ni bila mendengar kesusahan mereka, dia berusaha membawa kedua-dua ibu ini ke pejabat teman... ibu pertama atau ibu A (teman panggilkan) masih bersuami dan berkeluarga... beliau menceritakan kesusahan keluarganya di mana anak-anaknya bermula awal januari 2009 sehingga hari ini tidak bersekolah... anak-anaknya semua sekolah rendah... selidik punya selidik oleh teman, barula teman tau bahawa suaminya berhutang dengan along.... suaminya tidak tau isterinya berjumpa dengan teman dan masih bekerja di kilang.... sehingga sekarang hutang dengan along ni masih belum selesai... faham-faham ajela.. bila berhutang dengan along ni... duit bunganya tak abis bayar, buku dan kad atm bank abis dipegang oleh along... jadi bila dapat gaji, along keluarkan duit dulu utk selesaikan hutang, berapa duit yang tinggal untuk menyara keluarga....
Baitulmal Perak memang tidak membantu mana-mana hutang orang yang berhutang dengan along... ini kerana jika baitulmal bantu, maka ramaila orang muslim akan suka berhutang dengan along dan berasa selamat utk bayarnya kerana Baitulmal akan membantu.... tetapi teman memang nak tolong atas dasar persekolahan anak-anaknya.... harta tidak memberi kekayaan... yang memberi dan menjana kekayaan adalah ilmu... justeru, teman beri keyakinan dan jaminan kepada ibu A ini, hantar budak-budak ke sekolah dan segala yuran dan perbelanjaan persekolahan akan ditanggung oleh Baitulmal... untuk keperluan kehidupan, si ibu A juga perlu bekerja bagi mendapat pendapatan....
ibu yang kedua atau ibu B, masalahnya sama lebih kurang macam si ibu A... husbandnya berhutang juga dengan along.... tetapi si ibu B ada kelebihan skill menjahit... maka adala sedikit rezeki yang si ibu B dapat dengan mengambil upah menjahit baju.... beliau datang ke pejabat teman untuk memohon bantuan modal bagi membeli mesin-mesin jahit yang berkaitan... teman pun tak de masalah nak membantu kerana sebelum ni pun terdapat dua penerima bantuan modal daripada Baitulmal.. apa yang penting.. segera sediakan dokumen sokongan dan pihak teman tiada masalah untuk menguruskan urusan selanjutnya...
jadi... bila dah dengar kedua-dua kes ibu ini, teman apalagi, gunala peluang ini untuk beri sedikit sebanyak tazkirah dan nasihat.. mudah-mudahan mereka ini dapat melakukan sesuatu bukan sekadar untuk diri mereka, tetapi yang penting untuk anak-anak mereka supaya anak-anak mereka tidak mewarisi kebebalan dan kejahilan ibu bapa mereka... sebelum kedua-dua ibu ini pulang... adala teman bagi bantuan segera yang tidak seberapa yang boleh teman bagi... duit bantuan yang boleh teman bagi pun ada limitnya... bukan boleh bagi sesuka hati teman.... duit itu diambil daripada wang panjar runcit.... mudah-mudahan keluarga-keluarga mereka dapat merencana serta bertindak untuk keluar daripada permasalahan yang membelenggu mereka.... insyaAllah...
Isnin, 23 Mac 2009
Pemergian ke Negeri Abadi....
Semalam, saya menerima suatu berita yang menyedihkan hati... Pada waktu itu, saya berada berdekatan dengan Stesen Bas Shahab, ALor Setar setelah habis kelas di UUM....
Saya pergi ke kedai urut kaki refleksologi pada jam 6.30 petang... Pada pukul 7.00 malam, sahabat saya telah menelefon saya bahawa sahabat kami bernama En. Hasbullah b. Abdul Majid, 41 tahun, telah kembali ke rahmatullah pada pukul 6.25 petang.. Beliau meninggal kerana serangan jantung...
Arwah telah dikebumikan pada hari ini pada pukul 11.15 pagi di tanah perkuburan Masjid Assam Kumbang, Taiping.... Saya dan ramai sahabat satu pejabat sempat mengunjungi dan menziarahi arwah...
Arwah sebelum ini pun telah mempunyai pelbagai penyakit seperti sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis... Beliau pada awal bulan Januari yang lalu banyak kali masuk hospital kerajaan dan hospital pakar bagi mendapatkan rawatan... Tetapi, apakah daya manusia, semuanya adalah kehendak Allah...
Arwah merupakan seorang yang baik.. Beliau merupakan sebahagian daripada pejuang gerakan Mahasiswa Islam di kampus UPM... sehinggakan bila beliau keluar dan bekerja, beliau aktif terlibat dengan gerakan Islam di sekitar tempat tinggal beliau sehinggalah beliau mendapat penyakit-penyakit yang telah dinyatakan... beliau merupakan seorang yang tegas pendirian dan berani bercakap... Saya juga banyak mendapat inspirasi daripada pengalaman beliau terlibat dengan gerakan Islam..
Semoga Allah mencucuri dan merahmati roh beliau... Didoakan roh beliau bersama dengan golongan syuhada dan solihin... Ya ALlah, berkati dan rahmatilah roh En. Hasbullah b. Abdul Majid... Ya ALlah, berilah rahmat dan kasih sayangMu kepada beliau... semoga amal kebaikan yang beliau lakukan di dunia yang fana ini menjadi penyejuk dan penerang di kala beliau dalam kepanasan dan kegelapan... Amin....
Wallahua'alam...
Sabtu, 21 Mac 2009
Pening Kepala... !
Di kesempatan ini, mohon kepada para pembaca blog jika boleh tolong teman ni..Semester ini merupakan semester terakhir teman dalam pengajian master bidang public management... sem ini hanya satu subjek saja yang diambil.... Janganla kome ingat bila satu subjek ni assignment dan final exam mudah je... Teman awal-awal sem ingat gitu le..
ALhamdulillah bila pensyarah kata tiada final exam, hanya assignment dan class participation menjadi marks kepada subjek ni...Tetapi bila pensyarah bagi assignment.. tiap-tiap student kena le buat review buku.. kebanyakan buku berkisar mengenai bureuacracy... terdapat 6 buah buku.. yob.. kena buat review... semua buku tersebut dalam Bahasa INggeris... last date kena hantar assignment itu pada pertengahan bulan 4.. jadi tak lama dah yong.. tinggal lebih kurang sebulan je...
jadi teman macam dah down... rasa kali ni assignment subjek ni yang paling tough berbanding subjek yang lain.. jadi, jika kome ada cara ke, kaedah, nak bagi semangat mcm mana nak selesaikan review 6 buah buku ni dalam tempoh sebulan amat dialu-alukan...
semoga sentiasa success pada setiap tindakan dan keputusan... wallahua'alam...
Jumaat, 20 Mac 2009
Kena Saman...!
Assalamualaikum dan salam sejahtera... didoakan kepada para pembaca blog-blog sentiasa sihat selalu.... Kali ini teman nak berkongsi suatu suasana dan keadaan dengan pembaca sekalian...
Keratan akhbar di atas di ambil daripada suratkhabar berita harian hari ini bertarikh 20/03/2009... Keratan tersebut menceritakan bahawa seorang remaja Australia berjalan-jalan di kawasan bandar disaman oleh seorang polis yang bertugas... beliau disaman disebabkan kerana dia tidak pakai seluar dalam dan seluarnya londeh.... (bolehle baca habis kat gambar di atas)
Apa yang teman nak berkongsi, nampaknya di Australia sudah ada undang-undang mengenai kawalan pemakaian yang dikuatkuasakan... Polis di sana mempunyai kuasa untuk menyaman mana-mana individu yang melanggar peraturan tersebut...
Berlainan di Malaysia... Remaja-remaja di Malaysia ni jika dibenarkan londeh... kira nak londeh je pakaian yang dipakai.. kalau boleh hanya berseluar dalam dan berbikini deme sanggup buat saja... Di Malaysia tiada undang-undang yang khas bagi menangani isu-isu moral dan etika yang banyak..
memang ada, tetapi di bawah enakmen undang-undang Islam... itupun tak banyak isu yang dikawal oleh penguatkuasa agama...
Alangkah bagusnya jika isu-isu sosial yang etika yang kritikal seperti isu rempit dan pakaian yang menjolok mata... dapat digubal suatu undang-undang yang membenarkan polis menyaman serta merta... isu rempit ni, cthnya buat undang-undang bahawa sesiapa yang menaiki motor dan berkelakuan serta terlibat dengan rempit pada waktu malam bermula pukul 7 malam sehingga 6 pagi, polis boleh menyaman... dan dendanya dengan membayar sekian-sekian wang atau membuat kerja-kerja kebajikan di rumah orang tua atau anak yatim selama sekian-sekian waktu...
Tetapi sebenarnya, yang menjadi 'polis' kepada manusia ialah agama... agama yang akan memberi kepadanya panduan bahawa tindakan yang akan dilakukannya benar atau salah.. jika dia kuat beragama dan iman... maka dia akan ikut apa suruhan agama... tetapi jika dia dan masyarakat lari daripada agama dan iman, maka nak tak nak pemerintah perlu menggubal undang-undang atau peraturan bagi membendung gejala-gejala yang tidak sihat..... wallahua'alam...