Isnin, 23 Mac 2009

Pemergian ke Negeri Abadi....

Assalamualaikum dan salam keadilan...

Semalam, saya menerima suatu berita yang menyedihkan hati... Pada waktu itu, saya berada berdekatan dengan Stesen Bas Shahab, ALor Setar setelah habis kelas di UUM....

Saya pergi ke kedai urut kaki refleksologi pada jam 6.30 petang... Pada pukul 7.00 malam, sahabat saya telah menelefon saya bahawa sahabat kami bernama En. Hasbullah b. Abdul Majid, 41 tahun, telah kembali ke rahmatullah pada pukul 6.25 petang.. Beliau meninggal kerana serangan jantung...

Arwah telah dikebumikan pada hari ini pada pukul 11.15 pagi di tanah perkuburan Masjid Assam Kumbang, Taiping.... Saya dan ramai sahabat satu pejabat sempat mengunjungi dan menziarahi arwah...

Arwah sebelum ini pun telah mempunyai pelbagai penyakit seperti sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis... Beliau pada awal bulan Januari yang lalu banyak kali masuk hospital kerajaan dan hospital pakar bagi mendapatkan rawatan... Tetapi, apakah daya manusia, semuanya adalah kehendak Allah...

Arwah merupakan seorang yang baik.. Beliau merupakan sebahagian daripada pejuang gerakan Mahasiswa Islam di kampus UPM... sehinggakan bila beliau keluar dan bekerja, beliau aktif terlibat dengan gerakan Islam di sekitar tempat tinggal beliau sehinggalah beliau mendapat penyakit-penyakit yang telah dinyatakan... beliau merupakan seorang yang tegas pendirian dan berani bercakap... Saya juga banyak mendapat inspirasi daripada pengalaman beliau terlibat dengan gerakan Islam..

Semoga Allah mencucuri dan merahmati roh beliau... Didoakan roh beliau bersama dengan golongan syuhada dan solihin... Ya ALlah, berkati dan rahmatilah roh En. Hasbullah b. Abdul Majid... Ya ALlah, berilah rahmat dan kasih sayangMu kepada beliau... semoga amal kebaikan yang beliau lakukan di dunia yang fana ini menjadi penyejuk dan penerang di kala beliau dalam kepanasan dan kegelapan... Amin....

Wallahua'alam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan