Isnin, 30 Mac 2009

Amerika Syarikat pulak...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Pada pagi yang mulia ini, didoakan kepada para sahabat sekalian sentiasa sihat dan mendapat hidayah berterusan daripada ALlah SWT...

Pagi ni teman baca suratkhabar utusan Malaysia melalui internet.... Pejabat teman beli suratkhabar berita harian... Ada suatu cerita menarik yang berlaku di Amerika Syarikat.... Boleh baca artikel tersebut seperti berikut :

Denda berseluar londeh di Amerika

FESYEN berseluar londeh sehingga menampakkan seluar dalam atau boxer mungkin tidak lagi boleh digayakan di Tennessee, Amerika Syarikat setelah satu rang undang-undang yang mengharamkan pemakaian seluar jenis itu telah diluluskan oleh jawatankuasa kecil perundangan negeri itu.

Malah, sesiapa yang didapati melanggar `Undang-undang Seluar Londeh' itu akan dikenakan denda sehingga AS$1,000 (RM3.500) dan wang tersebut akan disalurkan untuk membeli bekalan peralatan sekolah termasuk buku dan peralatan sukan.

Ekoran itu, seorang wakil Demokrat dari Memphis, Karen Camper menuduh rakan-rakan sekerjanya termasuk Joe Town yang juga wakil Demokrat Memphis, cuba menggubal undang-undang fesyen yang disifatkan akan menyebabkan remaja lebih cepat mencipta kesalahan kecil dalam sejarah hidup mereka.

“Soalan saya apakah sebenarnya hala tuju dan harapan terhadap pengubalan undang-undang ini?” tanya Camper kepada rakan-rakan Demokratnya termasuk Town.

“Ini tidak ada kena mengena dengan fesyen, sebaliknya ia berkaitan kesopanan dan kebersihan,'' tegas Town.

Undang-undang yang telah diluluskan oleh jawatankuasa kecil itu, kini telah dibawa ke Jawatankuasa Badan Kehakiman.- Agensi
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0330&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_12.htm

Sebelum ini teman tengok di Australia, ada remaja dah kena saman.. sekarang sebuah negeri dalam Amerika Syarikat sudah buat undang-undang mengenai etika dan akhlak berpakaian.... Teman dah ulas dalam artikel lepas... Jadi, Malaysia yang dipimpin oleh orang muslim dan majoritinya adalah masyarakat Islam, bila lagi nak gubal undang-undang sebegini untuk maslahah umat... terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan