Selasa, 24 Februari 2009

Bagaimana KPN buat keputusan ?

assalamualaikum dan salam sejahtera... sudah lama teman fikir hal ini.. rasa-rasanya jika tidak diluahkan, ia akan menebal di dalam hati... ia berkaitan dengan keputusan oleh Ketua Polis Negara yang mengharamkan ceramah politik oleh mana-mana pihak dalam negeri Perak..

apa yang teman cuba hendak arguekan... bagaimana seorang manusia yang berjawatan KPN boleh membuat suatu keputusan yang berkaitan dengan hak-hak seorang manusia atau kumpulan memberi dan menerima maklumat daripada mana-mana pihak... yang menjadi perbahasan disini, bolehkah seorang manusia berjawatan KPN membuat keputusan yang mengehadkan hak-hak individu dan kumpulan yang berjumlah hampir 2.4 juta di dalam negeri Perak....

sedangkan hak untuk memberi dan mendengar berita adalah hak asasi manusia/kumpulan... apatah lagi perhimpunan sekumpulan manusia untuk memberi atau mendengar maklumat tidak menimbulkan sebarang huru-hara... di manakah hujah dan signifakan KPN boleh membuat keputusan yang sangat besar kesannya kepada masyarakat negeri Perak... hak memberikan permit adalah Ketua Polis Daerah... dan roh kewujudan akta Polis yang berkaitan dengan perhimpunan utk ceramah ini bukanlah mendapat kuasa untuk melulus atau membatalkan ceramah, tetapi lebih kepada persoalan pemantauan dan pengawalan suatu perhimpuna... jika diawal-awal lagi meletakkan suatu sangkaan bahawa dengan perhimpunan yang akan diadakan akan mendatangkan kekacauan dan huru-hara... sangkaan itu tidak dibenarkan sebab sangkaan itu belum terjadi... kita tidak dibenarkan membuat suatu keputusan di atas hujah sangkaan yang belum terjadi... segala kejadian pada masa depan adalah hak mutlak milik ALlah... apa yang boleh direnungi sebelum memberikan permit ceramah itu adalah melihat pengalaman dan sejarah kewujudan perhimpunan-perhimpunan yang diadakan oleh sesuatu pihak...

bagi teman, manusia zaman la ni bukan macam manusia zaman sahabat Nabi SAW, atau para tabiin, atau para tabi' tabiin.... manusia zaman sekarang mudah terdedah kepada kepalsuan dan penipuan hawa nafsu... justeru itu, adalah tidak wajar sesuatu keputusan yang besar yang melibatkan hak masyarakat umum tidak dibuat secara individu, tetapi hendaklah dibuat secara kolektif atau berkumpulan yang dianggotai oleh individu profesional dan ahli akademik...

pemberian permit ceramah / perhimpunan di peringkat daerah yang sebelum ini diberikan kuasanya kepada KPD hendaklah diubah dengan kuasa pemberian permit hendaklah diputuskan oleh suatu kumpulan profesional yang dianggotai oleh pelbagai pihak termasuklah hakim dan KPD... justeru, sesuatu keputusan berkenaan permit dapat dibuat dengan adil dan telus....

itulah pandangan yang tidak seberapa daripada teman...

Sabtu, 7 Februari 2009

REFLEKSI ARTIKEL WOODROW WILSON THE STUDY OF ADMINISTRATION

Wilson memulakan penulisannya dengan memperkenalkan kepada pembaca tentang bidang pentadbiran. Menurut Wilson, pembangunan pengajian pentadbiran berlaku disebabkan kesan kehidupan masyarakat yang rumit, peningkatan fungsi kerajaan dan sebagainya. Evolusi yang berlaku ini membangkitkan tentang persoalan ‘bagaimana’ dan ‘bentuk apa’ fungsi-fungsi ini akan dipersembahkan. Wilson mencadangkan supaya kerajaan perlu direformasi terutama dalam bidang pentadbiran. Terdapat 2 objektif artikel tersebut ditulis :
1. Apakah tindakan yang boleh dan berjaya dilakukan oleh kerajaan; dan
2. Bagaimana pihak kerajaan melakukan semua perkara itu dengankecekapan yang optimum dan kos yang paling rendah sama ada daripada aspek wang atau tenaga.

Beliau juga berpendapat bahawa pentadbiran adalah bahagian yang jelas dalam pentadbiran. Pentadbiran adalah tindakan kerajaan, pelaksana, dan sebagainya. Dalam hal ini beliau menegur para pelajar dan sarjana yang tidak konsisten untuk menulis dan mengkaji tentang pentadbiran. Sebelum abad ke-19, kebanyakan ahli sains politik sibuk dengan menulis tentang perlembagaan, bentuk negara, kepentingan kedaulatan, kuasa popular dan sebagainya. Yang selalu menjadi isu kepada penulisan-penulisan tersebut adalah siapa yang membuat undang-undang tetapi persoalan yang perlu dirungkaikan bagaimana undang-undang ditadbir dengan keadilan, cekap dan kurang masalah.
Wilson mempercayai bahawa pentadbiran adalah daripada bidang sains. Ini jelas dengan beliau sebut bahawa sains pentadbiran adalah produk terbaru dalam pengajian sains politik. Dalam hal ini tidak banyak method sains yang diserap dalam pentadbiran Amerika. Dengan bukti, beliau merasakan bahawa tidak jelas konsep pentadbiran yang baik. Ini kerana sains pentadbiran pertama kali dibangunkan di Eropah oleh Perancis dan German. Satu sebab mengapa sains pentadbiran di Amerika bergerak perlahan adalah disebabkan isu kedaulatan. Wilson berasa bahawa sukar untuk menyusun pentadbiran dalam sistem demokrasi berbanding dengan sistem monarki. Pentadbiran mesti bertindak balas dengan golongan monarki yang ramai dalam sistem demokrasi yang disebut sebagai pendapat awam. Disamping itu, Wilson menerangkan bahawa pentadbiran awam adalah sistem pelaksanaan kepada undang-undang awam. Setiap aplikasi undang-undang awam adalah tindakan pentadbiran. Beliau memberi contoh dengan membezakan antara perancangan umum dan tujuan pentadbiran. Pengajian pentadbiran dari aspek falsafah, bagi Wilson adalah rapat hubungannya dengan pengagihan kuasa perlembagaan.
Wilson dalam artikelnya lagi membuat penyelidikan tentang hubungan antara pentadbiran dan politik. Pandangan beliau, perkara ini tidak muncul dengan jelas kerana pada sesetengah tempat dia menerangkan kebergantungan dan rapatnya hubungan pentadbiran dan politik. Pada tempat yang lain pula Wilson berhujah bahawa pentadbiran dan politik adalah berpisah. Dia berasa bahawa pentadbiran bergerak diluar daripada lingkungan politik. Persoalan pentadbiran bukan juga persoalan politik. Dengan lebih lanjut lagi dia menyatakan bahawa politik adalah bahagian yang istimewa untuk negarawan dan pentadbiran adalah untuk pegawai teknikal. Demikian itu dia membuktikan perbezaan antara pentadbiran dan politik. Ini menjelaskan daripada diskusi Wilson tentang keraguan antara pemisahan dan campuran pentadbiran daripada politik. Ini menyebabkan para sarjana selepas itu membuat banyak spekulasi yang berbeza tentang idea-idea ini. Mosher menekankan bahawa Wilson membuat kenyataan bahawa wujud dikotomi pentadbiran dan politik.[1] Wilson juga membuat penyelidikan tentang hubungan antara pendapat awam dan pentadbiran. Persoalannya adakah pendapat awam mendapat tempat di dalam perjalanan pentadbiran. Justeru itu Wilson berpendapat bahawa pengajian pentadbiran seharusnya mencari matlamat terbaik kepada pihak awam.
Pada bahagian akhir artikel beliau, Wilson membuat penyelidikan tentang method terbaik yang sesuai bagi pengajian pentadbiran. Dia menolak method falsafah dan menekankan kepada method sejarah dan perbandingan. Dengan itu, Wilson berpandangan bahawa seseorang boleh belajar tentang sistem autokrasi negara-negara Eropah, disebabkan method pentadbiran mereka yang cekap dan efisien tanpa mereka memasukkan unsur-unsur semangat dan tujuan sistem autokrasi.
Konklusi yang boleh dibuat daripada artikel Woodrow Wilson ialah artikel beliau melahirkan pentadbiran awam sebagai “a self-conscious inquiry.” Melalui artikel tersebut, Wilson mencari sesuatu untuk mengukuhkan pentadbiran awam sebagai suatu pengajian yang dikenali. Dengan pelbagai doktrin dibentangkan dimana pengajian pentadbiran awam diterima dengan jelas dalam artikel beliau. Selepas mengkaji artikel Wilson’s The Study of Administration tidak pasti tentang isi yang sebenarnya. Wilson menyamakan pentadbiran dengan method perniagaan, penubuhan institut perkhidmatan awam, memperbaiki tanggungjawab tindakan pentadbiran terhadap pihak awam, masalah agihan kuasa pihak berkuasa di mana ia menjengkelkan kepada mana-mana pembaca yang teliti.
Dalam permulaan artikel beliau menerangkan tentang objektif pengajian pentadbiran untuk menemui apa tindakan yang boleh dilakukan oleh kerajaan. Tetapi artikel itu beralih arah kepada hujah pemisahan antara politik dan pentadbiran. Menurut Waldo, ia menunjukkan tidak konsisten yang serius.[2] Ini menyebabkan ramai sarjana berbeza tafsiran tentang pandangan-pandangan Wilson. Selain itu, artikel itu terlalu umum dan luas. Wilson berasa serba salah terhadap banyak isu dan dia banyak menimbulkan persoalan daripada menyediakan jawapan. Dia gagal untuk menguatkan pengajian pentadbiran yang diperlukan; apakah sebenarnya hubungan antara politik dan pentadbiran dan adakah boleh atau tidak pengajian pentadbiran menjadi sebahagian daripada bidang sains. Ini menimbulkan tanda tanya adakah Wilson jelas perkara sebenar tentang pentadbiran awam.
Apapun, keraguan dan hujah-hujah yang dikemukakan terhadap artikel ini tidak menafikan sumbangan Wilson.bersandarkan kepada pembangunan pentadbiran awam abad ke-20, artikel beliau boleh dikatakan membina idea-idea baru. Melalui artikel beliau yang terkenal, Wilson bukan sekadar memperkenalkan idea tentang pentadbiran tetapi melancarkan bidang pentadbiran awam sebagai sebuah pengajian. Wilson juga telah mengetengahkan pembahagian pengurusan negara kepada 3 cabang iaitu cabang kehakiman, cabang eksekutif dan cabang legislatif.

[1] Frederic C. Mosher, Democracy and Public Service, New York, Oxford University Press, 1968, p. 68.
[2] Dwight Waldo, (Ed), Ideas and Issues in Public Adminstration, New York, McGraw-Hill Book Company Inc., 1953, p. 406.

Isnin, 12 Januari 2009

Sikap Org Melayu 1...

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Di awal penulisan ini, doa-doa daripada sebahagian besar umat manusia mengiringi perjuangan HAMAS melawan Israel.. Sehingga ke saat ini (12/01/2009) diberitakan bahawa tentera Israel menerima tentangan hebat daripada tentera HAMAS sehinggakan HAMAS berjaya melancarkan satu jenis roket jarak jauh yang sebelum ini belum lagi menyerang ISrael.

Apa yang teman nak ceritakan, baru-baru ni teman pergi menyiasat beberapa buah rumah yang memohon bantuan. Ada satu pemohon yang menunjukkan sikap yang tidak bertanggungjawab. Dipendekkan cerita, pemohon tersebut sedang menanggung seorang cucunya yang sedang bersekolah rendah. Mak budak tersebut telah meninggal dunia manakala ayahnya telah berkahwin lain dan tinggal di tempat lain. Dibiarkan budak itu ditanggung oleh neneknya yang telah berusia 60-an.

Mak budak tersebut telah meninggal akibat kemalangan ketika kerja. Kesan daripada itu, budak tersebut telah mendapat bantuan bulanan Perkeso sehinggalah budak tersebut cukup umur. Apabila bercerita bab duit, maka berebutlah ayah budak tersebut dengan nenek budak tersebut. Perkeso akan menyerahkan duit bulanan itu kepada penjaga. Maka bergaduhlah dua pihak dan akhirnya bapa budak tersebut berjaya mendapat duit Perkeso itu. Yang geramnya dalam pergaduhan tersebut, nenek budak itu telah mengatakan kepada bapa budak, sekiranya dia taknak jaga budak itu, biar aku (baca:nenek) jaga budak itu, ko (baca : bapak budak) amiklah duit Perkeso. Seronoklah bapak budak itu dapat duit Perkeso sehinggakan tidak pernah bagi pada anaknya dan kahwin dengan perempuan lain...

Jadi bila budak itu dah masuk alam persekolahan, maka kelam kabutlah si nenek itu untuk mencari rezeki dan bantuan daripada agensi kerajaan... sehinggalah si nenek itu memohon bantuan daripada MAIPk... Jadi, apa pandangan tuan/puan dalam kes ini, adakah budak itu dapat bantuan daripada MAIPk..... Ulasan dan pandangan amat dialu-alukan...

Sabtu, 3 Januari 2009

Masuk Universiti

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Alhamdulillah, hari ni sudah beransur baik daripada semalam, batuk dan selsema. Mudah-mudahan akan bertambah baik. Esok (4/1/2009) bermulalah pengajian master untuk semester ke-5. Setelah bercuti lebih kurang sebulan lebih, sesi pengajian master UUM dibuka semula.

Untuk semester ini, hanya satu subjek saja diambil bagi menyelesaikan pengajian master. Subjek tersebut ialah seminar in management issues... Moga-moga dapat menghadapinya dengan baik. Pi sana pun naik bas je.

Salam perjuangan, salam jihad buat warga palestin dan mujahidin. Hidup Islam, Hidup Hamas!...

Khamis, 25 Disember 2008

Renungan Seketika

assalamualaikum dan salam sejahtera....

Hari ni membolehkan aku berehat seketika daripada dunia pejabat. Banyak perkara yang sebelum ini tidak dapat dibuat disebabkan kerana bekerja dapat aku lakukan. Pada hari Isnin yang lalu (22/12/2008), aku ada satu kursus mengenai pengurusan stres di negeri utara sehingga semalam.

Dalam sibuk-sibuk kursus tersebut, ada aku terfikirkan mengenai situasi dan senario 4 buah negeri PR yang diperintah selepas PRU 12. Sebahagian besar daripada kita terfikir bahawa jika ahli politik PR menjadi eksekutif negeri tersebut, sudah tentu banyak perubahan yang dapat dilakukan. Tetapi, apabila direnungkan semula, rupa-rupanya terdapat satu lagi jentera yang memerlukan reformasi supaya aspek kebajikan dan keadilan dapat dinikmati dan dirasai oleh rakyat negeri.

Jentera yang aku maksudkan ialah jentera pentadbiran. Jika di peringkat negeri, ia diketuai oleh setiausaha kerajaan negeri. Jentera ini sangat penting sebagai tunggak perjalanan dan pergerakan pentadbiran sesebuah negeri, jabatan, agensi atau pbt. Yang menggerakkan dan melaksanakan dasar ialah jentera pentadbiran. apa yang aku nak highlightkan, jika ketua-ketua jabatan, agensi, pbt, badan berkanun termasuklah pegawai-pegawai kanan di peringkat pejabat suk berfikiran seumpama penjajah, menegakkan dan meneruskan kejahatan, menolak kebajikan dan keadilan, maka kita masih tidak dapat menyaksikan rupa bentuk sebuah negeri yang mengamalkan kebajikan dan keadilan..

Pesanan aku untuk semua rakyat, sama-samalah kita mereformasikan jentera pentadbiran. Nasihat untuk pihak pegawai pentadbir terutamanya ketua, berhijrahlah/berubahlah/reformasikan diri dan suasana tempat kerja ana dengan cara Islam. Jangan nanti menunggu rakyat bawahan merubah dan menolak anda ke tempat yang lain. Pesanan sebagaimana yang diungkapkan oleh Saidina Umar, kita akan menjadi selamat dan hebat hanya dengan Islam... wallahua'alam..